Home Artikel PAS Perlis

Lebih 60 Peserta Sertai Kayuhan Santai ACC Perlis 

520
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU: Lebih 60 orang peserta telah menyertai program Kayuhan Santai anjuran Alternative Cycling Club (ACC) Perlis yang telah berlangsung pagi tadi.

Program dianjurkan bersempena dengan Bulan Sukan Negara 2019 yang disambut di seluruh negara.

Menerusi program berkenaan, para peserta kayuhan telah berkayuh sejauh 31 kilometer merentasi tiga kawasan Parlimen iaitu Arau, Padang Besar dan Kangar.

Pelepasan peserta disempurnakan oleh Ketua Sektor Tanggungjawab Sosial dan Khidmat Masyarakat DPPNPs, Dr Saifizi Saidon pada jam 8.15 di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), Jejawi Dalam, Arau.

Menurut Pengarah DACS Perlis, Muhammad Nazuande Nazhime, jarak kayuhan peserta adalah sejauh 31 kilometer merentasi tiga kawasan iaitu Arau, Padang Besar dan Kangar.

“Mereka berkayuh merentasi tiga kawasan parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau melalui Santan, Kangar dan Jejawi.

“Kita juga menyediakan dua lokasi perhentian kepada para peserta untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman iaitu di Masjid Ngulang dan Masjid Putra,” katanya.

Turut serta dalam acara pagi tadi Naib Ketua DPPNPs, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim yang juga Adun Guar Sanji.