Home Artikel PAS Johor

AKTAR Johor anjur Pra Ijtimak Tarbawi

72 views
SHARE

AKTAR Johor anjur Pra Ijtimak Tarbawi

FARIIQUL AMIN / 20 Oktober 2019

AYER HITAM : Dewan Pemuda PAS Negeri Johor semalam telah berjaya menganjurkan Pra Ijtima Tarbawi, sebagai pembangkit semangat untuk para pemuda PAS di Johor untuk ke program Ijtima Tarbawi PAS yang akan diadakan pada November nanti.

Paling mengujakan para hadirin adalah penampilan khas Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Haji Hashim Bin Jasin ke program ini.

kertas kerja tarbiah dalam program yang diadakan di SERTIK, Ayer Hitam ini telah dibentangkan oleh beberapa jemputan khas dari Akademi Tarbiah Dewan Pemuda PAS Malaysia, antaranya Ustaz Hazmi Dibok, Dr Zuhaili Saiman Abezuh Saiman dan Ustaz Hud Saleh.

Pengarah program, Ustaz Muhammad Ariff Haron merangkap Pengarah Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Johor, (AKTAR) berharap semoga program ini dapat memberikan hasil yang terbaik buat semua yang hadir.

Kesatuan fikrah yang dipupuk menerusi program sebegini sangat penting kepada ahli PAS dalam meneruskan gerak kerja, katanya.

Turut hadir, Ketua Pemuda PAS Johor, Ustaz Nawfal Mahfodz dan barisan Exco pemuda negeri.