Home Berita PAS Sabah

PASTI Nurul Ain adakan Hari Anugerah Kecemerlangan

1497
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
21 Oktober 2019, Ahad

TAWAU : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nurul Ain, Batu 2 Jalan Apas, Tawau telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) bertempat di sebuah hotel terkemuka pada 20 haribulan , di sini ,semalam.

Majlis telah dirasmikan oleh timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau ( DPPKT ) merangkap Pengerusi PASTI Kawasan Tawau Saudara Irwan Hamdan dengan memotong sebiji kek sebagai tanda penyempurnaan majlis.

Saudara Irwan Hamdan melahirkan rasa kesyukuran atas penganjuran yang gilang gemilang tersebut.

Ia sebagai tanda satu bentuk penghargaan yang boleh menambah semangat berjuang lagi kepada penerima-penerima yang terpilih dan kepada yang lain.

“Memang tepat pilihan keputusan Majlis Tertinggi PASTI Kawasan Tawau memberi pengikhtirafan Anugerah Komuniti JIBG PASTI Terbaik PASTI Kawasan Tawau kepada PASTI ini sempena Majlis Sambutan Hari Guru PASTI peringkat Tawau baru-baru in.

)

” Saya melihat sendiri kesungguhan gerak kerja semua pihak termasuk JIBG dalam menjayakan majlis HAK hari ini,” katanya semasa memberikan ucapan .

Beliau berharap agar kerjasama dan komitmen tersebut berterusan dan terus menjadi contoh kepada JIBG PASTI-PASTI lain.