Home Berita PAS Sabah

Jejak Asnaf 2.0 : PAS Silam prihatin bantu golongan kurang berkemampuan

833
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
21 Oktober 2019

Lahad Datu : PAS Kawasan Silam telah menyampaikan sumbangan kepada 8 keluarga asnaf di 4 buah kampung iaitu Kampung Teck Guan, Kampung Batu 1, Kampung Longdanau dan Kampung Assam semalam.

Sumbangan yang diberikan merupakan barangan keperluan asas untuk meringankan beban golongan asnaf.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Mohd Zaki Ibrahim, Ketua Dewan Ulama PAS Silam.

Beliau berkata, bahawa golongan asnaf adalah golongan yang mengalami kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian.

“Sudah menjadi tanggungjawab kami sebagai ahli PAS membantu golongan kurang berkemampuan kerana ianya adalah apa yang Islam telah ajarkan.” tambahnya lagi.

Turut hadir menyerahkan sumbangan kepada keluarga asnaf tersebut adalah Landari Labobo, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Silam.

Semua penerima sumbangan amat bersyukur atas sumbangan yang diberikan. PAS Silam mengajak agar masyarakat juga turut sama cakna akan kebajikan golongan asnaf kerana ini adalah tanggungjawab bersama.