Sentuhan Hati dan Jiwa Ramuan Bentuk Insan Soleh
KANGAR : Para guru PASTI seharusnya merasa bersyukur kerana terpilih untuk melaksanakan tanggungjawab mendidik manusia, satu tugas yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W.
Selamat Hari Malaysia
Selamat Hari Malaysia ?? 16 September , Hari Malaysia. Bersempena Hari Malaysia pada tahun ini dapat kita saksikan Himpunan Penyatuan Ummah antara dua parti terbesar di Malaysia. Himpunan ini memberi impak dan makna yang lebih besar kepada Malaysia dan rakyatnya apabila sebuah piagam yang dinamakan Piagam Muafakat Nasional berjaya dimaterai. Muafakat Nasional yang dibentuk ini adalah diharapkan dapat membawa agenda penyatuan ummah...
PENYATUAN UMMAH : KEBANGKITAN YANG MERISAUKAN MUSUH ALLAH
Oleh : Abu Maryam Safiyah 14 sept 2019 Selepas Nabi melunaskan tuntutan hijrah yang sarat dengan isi dan strategi menuju Madinah, Rasulullah dengan cermat dapat menyatukan umat Islam demi penghayatan dan kekuatan Islam. Baginda menjadikan Ansar dan Muhajirin sebagai umat yang satu dan dalam masa sama Baginda juga melahirkan satu hati dari kabilah besar dalam kalangan Ansar yakni Auz dan Khazraj...
Penyatuan PAS Umno gegar ‘arasy’ Putrajaya
Penyatuan PAS Umno gegar 'arasy' Putrajaya 'AISYAA YASMIN 14 SEPTEMBER 2019 BATU PAHAT: Penyatuan PAS Umno dilihat menggegarkan 'arasy' Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran pemerintahan kerajaan hari ini. Demikian diungkap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Hashim Jasin di Ceramah Penyatuan Ummah bersama pimpinan tertinggi Umno Bahagian Batu Pahat di Kompleks PAS (KOMPAS) Batu Pahat, di sini kelmarin. Beliau berkata demikian ketika mengulas...
HWPU913 : Anggun Berseni Mempertahan Diri
HWPU913 : Anggun Berseni Mempertahan Diri Oleh : Khairunnashriah Binti Mohd KUALA LUMPUR 13 SEPTEMBER - Persembahan seni mempertahankan diri daripada pasukan Seni Silat Lincah Malaysia menjadi pembuka tirai bagi slot Pentas Anak Muda dalam Himpunan Wanita Penyatuan Ummah yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam. Persembahan penuh energetik daripada tujuh orang gadis yang berusia dalam linkungan 14 hingga 20...
HWPU913 : Pertandingan Kraf Tangan meriahkan #HWPU13
HWPU913 : Pertandingan Kraf Tangan meriahkan #HWPU13 KUALA LUMPUR 13 Sept - Kraf tangan bertemakan Penyatuan Ummah dan Hari Malaysia nyata mencungkil bakat para peserta yang terlibat terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Pertandingan ini diwujudkan bagi mencetus dan mencungkil kreativiti muslimat dan membuktikan kraf tangan merupakan sebuah karya yang tidak ditelan zaman. Pertandingan kraf tangan yang diberi tempoh persediaan seminggu sebelum hari...
HWPU913 : Penyatuan UMNO-PAS Bukan Semata-Mata Survival Politik
Penyatuan UMNO-PAS Bukan Semata-Mata Survival Politik Oleh : HN KUALA LUMPUR, 14 SEPTEMBER - Wanita UMNO mempertahankan bahawa penyatuan ini bukan agenda individu atau satu kumpulan sahaja, tetapi ia digerakkan secara bersama oleh kedua-dua parti UMNO dan PAS. Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Dato’ Dr Noraini Ahmad ketika sidang media sempena Himpunan Wanita Penyatuan Ummah (HWPU) berkata kehadiran wanita UMNO dan muslimat PAS...
Ucaptama Presiden PAS:“Islam Memimpin Perpaduan Bersama Muafakat Nasional”
HIMPUNAN PENYATUAN UMMAH (#HPU 914) UCAPTAMA PRESIDEN PAS “ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN BERSAMA MUAFAKAT NASIONAL” السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمد لله الذي أكرمنا بنعمة الإسلام وفضلنا على كثير من الأمم والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه. Dengan penuh rasa ukhuwwah dan semangat persaudaraan yang wajib diikhlaskan, saya mewakili seluruh keluarga besar PAS bersama Gagasan Sejahtera menghulurkan salam persaudaraan kepada keluarga besar...
Wanita Muda Harus Besarkan Jiwa, Fokus Titik Persamaan
Wanita Muda Harus Besarkan Jiwa, Fokus Titik Persamaan Oleh : Husna Najihah Zamalolaily KUALA LUMPUR 13 SEPTEMBER – Pentas Anak Muda dimulakan oleh Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, YB Zuraida Md Noor dan kemudian diikuti pula secara berselang-seli dengan ucapan daripada Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Dato’ Zahida Zarik Khan. Gandingan dua ikon wanita muda ini menarik perhatian hadirin apabila sebelum itu mereka menaiki...
HWPU913 : Zuraida dan Zahida Sedia Sahut Kerjasama Menyatukan Wanita Muda
HWPU913 : Zuraida dan Zahida Sedia Sahut Kerjasama Menyatukan Wanita Muda Oleh : Husna Najihah Zamalolaily KUALA LUMPUR 13 SEPTEMBER – Pentas Anak Muda dalam Himpunan Wanita Penyatuan Ummah pada hari ini telah menemukan dua ikon wanita muda iaitu Ketua Pengarah Ameerah Malaysia, YB Zuraida Md Noor dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dato’ Zahida Zarik Khan. Himpunan ini yang disertai kira-kira...