Home Artikel PAS Johor

PAS Sekijang buat laporan polis berkaitan isu pengganas LTTE & penyebaran komik yang mengundang kontroversi

567
SHARE

PAS Sekijang buat laporan polis berkaitan isu pengganas LTTE & penyebaran komik yang mengundang kontroversi

25 Oktober 2019(Jumaat):

PAS Kawasan Sekijang telah membuat dua laporan polis secara serentak berkaitan isu pihak pengganas LTTE( Harimau Pembebasan Tamil Eelam) yang mengaitkan pimpinan dalam parti DAP dan isu penyebaran komik yang mengundang kontoversi hari ini.

Dua laporan polis itu diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Sekijang Maarof Abd Mutalib dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang,Normala Sudirman .Turut bersama adalah Ketua Penerangan PAS Kawasan Sekijang , Zainuri Yasir dan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang,Rugayah Selamat,selain wakil Ameerah(Muslimat Muda) dan wakil pemuda PAS Kawasan Sekijang .

Seramai 6 orang kepimpinan tertinggi dari kawasan Sekijang hadir mengiringi pimpinan kawasan membuat laporan polis sekitar jam 10 pagi di IPD Segamat,Johor.

Normala berkata isu penyebaran komik yang mengundang kontroversi dan mengelirukan fakta ini boleh menimbulkan keresahan dan kebimbangan serta ketegangan antara masyarakat majmuk di Malaysia.

“Kami sangat kesal kerana komik ini diedarkan di 2500 buah sekolah di seluruh negara melibatkan pemimpin utama parti DAP seperti Teo Nie Ching,Menteri Pendidikan 2 dan Joseph Lim Guan Eng,Menteri Kewangan Malaysia .”.

PAS Kawasan Sekijang bersama kepimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang telah membuat laporan polis kerana komik yang bertajuk’ Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama’ setelah diteliti ,telah mengandungi elemen -elemen yang tidak sesuai,bersifat menghasut,dan bercanggah dengan undang-undang negara.

“Komik ini ada cubaan untuk mengeliru dan menafikan sejarah asal Tanah Melayu,hak orang Melayu dan rakyat Malaysia. Selain itu juga ia menggambarkan orang Melayu bodoh dan pengecut dalam memerdekakan Tanah Melayu.

Apa yang paling membimbangkan adalah komik ini juga menggambarkan ‘Ko Min Tang’,Bintang 3 dan Komunis terlibat sama dalam memerdekakan Tanah Melayu.
Yang paling mendukacitakan adalah ada cubaan untuk memasukkan idealogi politik DAP ke sekolah secara jelas dalam buku tersebut.

Justeru ,kami mendesak agar pihak berkuasa menyiasat keseluruhan kandungan komik,menyiasat pengedar,penerima dan pembekal komik bagi membendung sebaran komik.-komik ini.Persoalannya ,apakah mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan,percetakan,pembiayaan,penerbitan,dan usaha menpromosi komik tersebut?”

“Pihak berwajib didesak agar menyiasat bukan sahaja penyebar tetapi pembekal kepada edaran komik ini.Siasat dalang yang terlibat hingga ke lubang cacing ” tegasnya lagi.

Manakala laporan polis berkaitan isu pihak pengganas LTTE (Harimau Pembebasan Tamil Eelam) yang dikaitkan dengan pimpinan parti DAP dibuat atas dasar keprihatinan terhadap masa depan negara .

“Kami mendesak siasatan dibuat oleh pihak berkuasa kerana berkemungkinan ada dana disalurkan kepada pihak pengganas LTTE dan mendesak agar akaun parti tersebut dibekukan”.

Kepimpinan tertinggi PAS Kawasan Sekijang membuat 2 laporan polis secara serentak pada hari ini.
Normala Sudirman ,Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang memegang kertas laporan polis yang dibuat pada hari ini di IPD Segamat Johor

“Kami juga mendesak agar pihak berkuasa membuat siasatan dan tindakan yang sewajarnya kepada Ketua Menteri 2,Pulau Pinang yang bernama P.Ramasamy kerana penglibatannya dengan pengganas LTTE yang boleh dibuktikan dalam video dalam youtube yang beliau ada dalam sebuah program LTTE di luar¬†negara.

Haramkan parti DAP jika terbukti benar organisasi ini telah mengancam keselamatan negara dan menjejaskan ketenteraman awam serta melanggar Perlembagaan Negara.”tegas Normala lagi.