Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Isu Komik BRI : PAS Negeri Sembilan gesa tindakan lanjut diambil

282
SHARE

Komik BRI: Tindakan Lanjut Perlu Diambil

Tahniah kepada pihak Kementerian Dalam Negeri yang telah mengharamkan dan menghentikan edaran Komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” (Komik BRI).

Agenda mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme jelas didalangi oleh mereka yang sengaja menimbulkan stigma sensitiviti masyarakat majmuk, menghina bangsa Melayu serta cuba menukar fakta sejarah dan cuba memasukkan fahaman politik DAP ke sekolah.

Kebiadapan penulis dan pelukis serta editor penerbitan Komik BRI ini jelas mempunyai agenda serta matlamat mereka sendiri. Masakan mereka amat berani kerana gerakan mereka ini didalangi dan disokong oleh pimpinan pimpinan DAP.

Pihak Kerajaan perlu lebih bertegas dalam isu begini dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil kepada pihak yang terlibat bukan hanya sekadar mengharamkan edaran komik sahaja malahan tindakan yang lebih tegas perlu diambil kepada pihak tersebut kerana melakukan kesalahan termasuk di bawah seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan bersama PAS Kawasan Rasah telah membuat satu laporan Polis berhubung isu ini pada malam ini dan kami menggesa pihak berkuasa dan kerajaan mengambil tindakan lanjut dari sudut undang-undang pada mereka yang terlibat.

NORHIRMAN MOHD YUSOF
Ketua Penerangan PAS Kawasan Rasah
24/10/2019

https://www.facebook.com/norhirman.yusof/posts/2478988628844285
———————————-

Norhirman (kiri) bersama Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Khairul Yazman Yahya dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan (berbaju korporat), Ustaz Mumtaz.
Norhirman (kiri) bersama Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan (berbaju korporat), Ustaz Mumtaz dan Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Mahfuz Roslan.