Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

PAS hulur bantuan mangsa banjir Kg Seri Juntai

236
SHARE

oleh Faizah Yusof

TYDP PAS Jelebu mengiringi rombongan Lajnah Kebajikan PAS Negeri Sembilan menyampaikan bantuan kepada sembilan penduduk terlibat banjir di Kampung Seri Juntai, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilam jam 4.30 petang tadi.

Rombongan yang diketuai Tuan Haji Ishak bin Omar turut meredah air yang melimpah di atas jalan sejurus sampai di Kampung Seri Juntai.

Penduduk di Kampung Seri Juntai yang terlibat dengan banjir dipindahkan ke Balairaya Kampung Seri Juntai.

Selain di Kampung Seri Juntai, Simpang Durian, Jernang dan Chennah, terdapat juga penduduk yang dipindahkan akibat banjir.

Pakaian terpakai sangat diperlukan di pusat pemindahan banjir kerana pakaian mereka telah di hanyuti banjir malam tadi.

Turut serta Ketua Cawangan PAS Simpang Durian, Ahli Jawatankuasa PAS Jelebu dan Ketua Amalnita Negeri Sembilan.

Semoga semua mangsa banjir tabah mengharungi ujian.

Sumbangan lain juga dialu-alukan dan bolehlah menghubungi :

Tuan Haji Ishak Omar  : 012-494041
Puan Masita Ali           : 019-2655059
Sdr Imran                  : 019-6848718
Tn Hj Rozmal              : 012-2267406
Pn Rohayati Md Din     : 011-26096651