Home Kenyataan Media Dewan Ulamak PAS Pusat

Pembukaan Kedutaan Untuk Palestin Wajar Dipuji

141 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat

27 Safar 1441  l  26 Oktober 2019

PEMBUKAAN KEDUTAAN UNTUK PALESTIN WAJAR DIPUJI

Bismillahirrahmanirrahim

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) memuji kenyataan dari YAB Perdana Menteri yang mengesahkan Malaysia akan membuka kedutaan untuk Palestin di Jordan bagi membolehkannya memberi bantuan kepada rakyat Palestin dengan lebih mudah.

2. DUPP konsisten dan berpendirian teguh bahawa usaha membebaskan negara Palestin dari regim Zionis Israel adalah satu kewajipan ke atas umat Islam seluruhnya. Maka sebarang tindakan yang menjurus ke arah membantu pembebasan Palestin dan keadilan kepada rakyatnya mesti disokong dan dibantu.

Firman Allah SWT :

وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ

Maksudnya :
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa” – al-Maidah : 2

3. Isu di Palestin tidak sekadar konflik dalaman negara dari sudut isu kemanusiaan namun ia juga melibatkan isu berkait dengan kesucian Baitul Maqdis yang memiliki banyak keistimewaan tersendiri di sisi Islam.

4. Sehubungan itu, umat Islam di setiap peringkat termasuk pihak kerajaan mesti menggalas tanggungjawab dan berperanan membela Palestin dari cengkaman Zionis Israel yang menduduki Palestin secara “haram” pada 15 Mac 1948 menerusi Resolusi 181 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hasil persidangannya pada 29 November 1947.

Firman Allah SWT :

وَإِنِ ٱسۡتَنصَرُوكُمۡ فِی ٱلدِّینِ فَعَلَیۡكُمُ ٱلنَّصۡرُ

Maksudnya :
“Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) agama, maka wajiblah kamu menolongnya” – al-Anfal 72

Sekian.

YB DR NIK ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)