Perutusan Takziah | Saff Bahtera BPPNS – Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Perutusan Takziah atas Pemergian Ketua Pengarah JAKIM Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dato' Haji Paimuzi bin Yahya yang telah kembali kerahmatullah di Hospital Sungai Buloh sekitar jam 1.00 tengah hari tadi. Allahyarham merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia...
Pena Kaunselor – Stres itu petanda normal
Oleh : Abu Harith STRES merupakan situasi biasa yang kita dengar dan alami. Mustahil untuk kita katakan bahawa ada manusia yang tidak pernah mengalami stres. Oleh kerana itulah, jika seseorang itu mengalami stres maka ianya satu petanda normal dan kita tidak boleh lari daripada situasi stres selagi mana kita masih hidup. Situasi ini juga memberikan kefahaman kepada kita bahawa, stres adalah...
Tahniah YB Dr. Aliakbar
PAS Kawasan Batu mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dr. Aliakbar Gulasan atas pelantikan sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Sabah sekaligus kepada PAS Sabah secara keseluruhannya. Seluruh ahli PAS Kawasan Batu khususnya mendoakan semoga YB dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya dan mendapat bimbingan daripada Allah SWT.
Takziah Buat Seluruh Ahli Keluarga Al Marhum Datuk Paimuzi Yahya
PAS Kawasan Batu mengucapkan takziah atas pemergian Al Marhum Datuk Paimuzi bin Yahya, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baru sahaja dijemput Ilahi pada jam 1.00 petang tadi. Almarhum telah banyak berjasa dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam selama lebih tiga dekad dan telah banyak menyumbang bakti semasa berkhidmat di JAKIM. Semoga Allah menempatkan Almarhum Datuk Paimuzi bin Yahya di tempat...
Tahniah Dan Teruskan Khidmat Menabur Jasa
KENYATAAN MEDIA Dewan Ulamak PAS Pusat 20 SAFAR 1442 l 8 OKTOBER 2020 ADUN (DILANTIK) DI SABAH : TAHNIAH DAN TERUSKAN KHIDMAT MENABUR JASA 1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merakamkan sekalung jutaan tahniah kepada PAS Sabah di atas pelantikan ADUN (Dilantik) iaitu YB Dr. Aliakbar bin Gulasan yang sah setelah majlis mengangkat sumpah dijalankan pada pagi tadi. 2. Ia merupakan sejarah buat PAS...
Coretan Kak Wirda : Usah berkira nak bersedekah
Oleh : Ustazah Wirdawati Nazwir Teks di bawah ini Kak Wirda petik dari FB Norazimah Ahmad : “Saya untung 10 ringgit je kak” Akak tu balas. “La ingatkan Zira jual harga ahli, takpelah lepas ni akak beli dengan kawan akak, dia jual harga ahli” Sayu hati aku. Terdetik dalam hati. Rumah besar, banglo. Ada taman. Kereta parking sampai luar pagar. Takkan 10 ringgit berkira dengan aku yang bisnes kecil-kecilan...
Tahniah Dr. Aliakbar dilantik sebagai ADUN Sabah
Tahniah Dr. Aliakbar dilantik sebagai ADUN Sabah 1. Alhamdulillah, kesyukuran yang tinggi dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas pelantikan Dr Aliakbar Gulasan, Setiausaha Perhubungan Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah hari ini. Perlembagaan Negeri Sabah membenarkan lantikan adun tambahan seramai 6 orang. 2. Selain Dr. Aliakbar, seramai lima orang lagi ADUN telah dilantik dan mengangkat sumpah...
Ketua Pengarah JAKIM Meninggal Dunia
Ketua Pengarah JAKIM Meninggal Dunia Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menerima khabar duka, telah kembalinya Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Paimuzi bin Yahya ke rahmatullah jam 1.00 tengah hari tadi. Dengan penuh rasa hiba, saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa DMPM mengucapkan Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga tercinta dan seluruh warga kerja JAKIM yang pastinya merasai pemergian ini. Beliau juga merupakan Alumni...
Takziah Dari PAS Perak
Takziah dari PAS Perak PAS Perak mengucapkan takziah kepada isteri, anak-anak dan ahli keluarga Dato' Paimuzi Yahya serta seluruh warga JAKIM atas pemergian almarhum yang menemui Kekasih Agung pada hari ini. Semoga Allah mengampuni dan merahmati beliau dan menempatkan beliau dalam keluasan Syurga-Nya. آمين يا رب العالمين
Takziah atas Pemergian Ketua Pengarah JAKIM
Kenyataan Media Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Takziah atas Pemergian Ketua Pengarah JAKIM Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dato' Haji Paimuzi bin Yahya yang telah kembali menghadap Illahi di Hospital Sungai Buloh pada jam 1.00 tengah hari tadi. Allahyarham yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), mempunyai pengalaman lebih tiga dekad di dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan telah memegang...