Home Dewan Ulamak PAS Pusat

Tahniah Dan Teruskan Khidmat Menabur Jasa

360
SHARE

KENYATAAN MEDIA

Dewan Ulamak PAS Pusat

20 SAFAR 1442  l  8 OKTOBER 2020

ADUN (DILANTIK) DI SABAH : TAHNIAH DAN TERUSKAN KHIDMAT MENABUR JASA

1.  Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merakamkan sekalung jutaan tahniah kepada PAS Sabah di atas pelantikan ADUN (Dilantik) iaitu YB Dr. Aliakbar bin Gulasan yang sah setelah majlis mengangkat sumpah dijalankan pada pagi tadi.

2. Ia merupakan sejarah buat PAS umumnya dan PAS Sabah khususnya setelah sekian lama tempoh kewujudan PAS Sabah dalam mengharungi liku-liku dan cabaran di negeri Sabah yang lebih unik kepelbagaian etnik dan komposisi kaum di sana.

3. Dengan perlantikan ADUN (Dilantik) di Sabah kalangan PAS mudah-mudahan dapat dimanfaatkan ruang lebih luas dalam mendekati masyarakat di sana bagi memahamkan perjuangan dan nilai-nilai mulia yang dibawa oleh PAS terutama dalam pendekatan harmoni menerusi kebebasan beragama, keadilan untuk semua dan begitu juga kebajikan yang menyeluruh kepada semua rakyat negeri Sabah sebagaimana yang telah PAS buktikan di negeri-negeri yang ditadbir di negeri Kelantan khususnya sepanjang 30 tahun.

4. Kini masanya untuk terus bekerja dan menabur jasa. Sudah pasti, pemilihan calon YB Dr. Aliakbar bin Gulasan mewakili PAS Sabah adalah tepat dengan kriteria beliau selaku anak tempatan dan juga memiliki kepakaran yang baik untuk dimanfaatkan kepada rakyat di Sabah khususnya.

5. DUPP juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan politik dalam Gabungan Rakyat Sabah (GPS) atas kepercayaan yang diberikan serta komitmen memelihara permuafakatan ya g dijalinkan semasa tempoh PRN Sabah tempoh hari sehingga berjayanya mendapatkan mandat rakyat sekaligus menumpaskan WARISAN Plus dan PH.

Firman Allah SWT :

۞ إِنَّ ٱللَّهَ یَأۡمُرُ بِٱلۡعَدۡلِ وَٱلۡإِحۡسَـٰنِ وَإِیتَاۤىِٕ ذِی ٱلۡقُرۡبَىٰ وَیَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَاۤءِ وَٱلۡمُنكَرِ وَٱلۡبَغۡیِۚ یَعِظُكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ

Maksudnya :

“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” – [Surah An-Nahl 90]

Sekian.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEHK

etua Dewan Ulamak PAS Pusat

Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)