Home Artikel PAS Melaka

Coretan Kak Wirda : Usah berkira nak bersedekah

375
SHARE

 

Oleh : Ustazah Wirdawati Nazwir

Teks di bawah ini Kak Wirda petik dari FB Norazimah Ahmad :

“Saya untung 10 ringgit je kak”

Akak tu balas.

“La ingatkan Zira jual harga ahli, takpelah lepas ni akak beli dengan kawan akak, dia jual harga ahli”

Sayu hati aku.
Terdetik dalam hati.
Rumah besar, banglo.
Ada taman.
Kereta parking sampai luar pagar.
Takkan 10 ringgit berkira dengan aku yang bisnes kecil-kecilan ni?
Datang COD pun berdukung dengan anak.

Dengan untung 10 ringgit tu la, aku dapat beli barang dapur.
Kadang balik dari hantar barang, singgah beli jajan anak, beli pampers.
Tak lama pun dia duk dalam purse.
Dan sungguh tak kaya pun aku dengan untung 10 ringgit tu.
Hanya untuk keperluan harian.

Masa berlalu.
Hidup aku pun dah berubah.
Bila order food panda atau yang lain.
Duit lebih tu selalu aku cakap “takpe abang amik”.
Bukan banyak pun.
Singgit dua.
Paling banyak lima ringgit.
Bersungguh abang tu ucap terima kasih.
Mungkin dengan duit tu.
Dapat beli susu anak.
Dapat topup minyak motor.
Bertambah gaji dia walau sikit.

Memberi bukan sebab aku baik.
Memberi bukan sebab aku kaya.
Memberi sebab aku faham.

10 ringgit

Nilai kecil pada kita tapi besar ertinya buat orang yang betul-betul memerlukan.

*sharing is caring*
*copy paste post*

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.

Komen Kak Wirda pada kisah yang dikongsikan oleh Norazimah Ahmad di atas tadi :-

“Itu orang kedekut kat dunia dan sering berkira-kira untuk bersedekah meskipun cuma 50 sen saja. Tetapi dia tak perlu risau. Esok di akhirat, dia akan rasa cemburu melihat penghisaban orang fakir miskin terlalu cepat masuk ke syurga.”

Pesanan Kak Wirda kepada diri sendiri dan kalian semua. Meskipun kita ini termasuk dalam kelompok fakir miskin, hutang keliling pinggang, maka usah berkira-kira untuk bersedekah terutamanya kepada ahli keluarga terdekat meskipun kelihatannya dia punyai kereta kecil dan motosikal cabuk.

Kerana Rasulullah SAW menyatakan bahawa sedekah terbaik adalah yang kita infakkan kepada ahli keluarga kita sendiri dituruti kepada orang lain yang perlu kita bantu. Matan hadis kena cari sendiri, ya. 😃 🌷

Penulis adalah AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Masjid Tanah Melaka


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)