Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ketua Pengarah JAKIM Meninggal Dunia

516
SHARE

Ketua Pengarah JAKIM Meninggal Dunia

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menerima khabar duka, telah kembalinya Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato’ Paimuzi bin Yahya ke rahmatullah jam 1.00 tengah hari tadi.

Dengan penuh rasa hiba, saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa DMPM mengucapkan Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga tercinta dan seluruh warga kerja JAKIM yang pastinya merasai pemergian ini.

Beliau juga merupakan Alumni Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang telah berkhidmat dalam pentadbiran Hal Ehwal Islam selama lebih kurang tiga dekad.

Semoga segala kerja buat, komitmen dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan sepenuh hati ini mendapat ganjaran yang amat besar di sisi Allah, menjadi bekalan dan saham di sana nanti.

Mudah-mudahan segala kebaikan beliau akan kita ambil untuk dijadikan sebagai pengajaran dan hikmah bahawa, amanah dan tanggungjawab terhadap Islam mesti dilaksanakan sebaiknya dan sentiasa melakukan kebaikan demi kebaikan walau di mana sahaja kita berada.

Salam Takziah sekali lagi daripada kami semua.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
8 Oktober 2020 bersamaan 20 Safar 1442H