Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah Dr. Aliakbar dilantik sebagai ADUN Sabah

440
SHARE

Tahniah Dr. Aliakbar dilantik sebagai ADUN Sabah

1. Alhamdulillah, kesyukuran yang tinggi dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas pelantikan Dr Aliakbar Gulasan, Setiausaha Perhubungan Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah hari ini. Perlembagaan Negeri Sabah membenarkan lantikan adun tambahan seramai 6 orang.

2. Selain Dr. Aliakbar, seramai lima orang lagi ADUN telah dilantik dan mengangkat sumpah pada hari ini. YB Dr. Aliakbar Gulasan mencatat sejarah dengan menjadi ADUN pertama daripada PAS.

3. Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pimpinan yang telah dilantik daripada pelbagai parti Gabungan Rakyat Sabah. Semoga amanah dan tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

4. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada kepimpinan kerajaan Negeri Sabah yang diketuai YAB Datuk Panglima Hajiji Haji Noor kerana memberi peluang kepada wakil PAS untuk berada dalam pentadbiran kerajaan Negeri Sabah.

Siiru ‘ala barakatillah

Islam Memimpin, Wanita Sejahtera
Islam Memperkukuh Perpaduan

Ikhlas daripada
YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
08 Oktober 2020 bersamaan 20 Safar 1442H