Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Takziah atas Pemergian Ketua Pengarah JAKIM

381
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Takziah atas Pemergian Ketua Pengarah JAKIM

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya yang telah kembali menghadap Illahi di Hospital Sungai Buloh pada jam 1.00 tengah hari tadi.

Allahyarham yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), mempunyai pengalaman lebih tiga dekad di dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam dan telah memegang beberapa portfolio penting sepanjang hayatnya.

Kehilangan seorang individu hebat yang banyak menyumbang kepada urusan pentadbiran dan program-program dakwah ini pasti amat dirasai oleh seluruh umat Islam di Malaysia.

Didoakan agar keluarga Allahyarham kuat dalam menghadapi ujian dan semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
8 Oktober 2020 | 20 Safar 1442