Hari ini dalam sejarah : Pelancaran satelit bumi di Melaka
PADA hari ini 15 November dalam tahun 1981, Stesen Satelit Bumi yang terletak di Lendu, Alor Gajah, Melaka, dibuka dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Musa Hitam. Pembinaan stesen satelit yang berharga RM18.5 juta ini bertujuan untuk menampung kelemahan keupayaan komunikasi antarabangsa yang dihadapi oleh negara selama ini. Stesen ini menyediakan kemudahan perhubungan telekom dengan sembilan buah negara...
PAS Setiawangsa Serah RM22K Dana Bangunan BPPWP
SETIAWANGSA - Persuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya melahirkan rasa syukur atas sumbangan dana sebanyak RM 22,000 oleh PAS Setiawangsa dalam usaha memiliki sebuah premis untuk kelancaran gerak kerja Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) pada 14 November. "Meskipun usaha mengumpul dana agak terbatas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan...
Pena editor Melaka : Tukang spin kenyataan YB Ustaz Ahmad Fadhli patut disaman
NAMPAKNYA tak habis-habis lagi golongan yang menjadi oportunis politik mahu memburuk-burukkan Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari. Kenyataan beliau diputarbelitkan malah dibuat bermacam-macam poster untuk mengelirukan orang ramai. Terbaru, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilapor akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menyebarkan poster yang mengandungi kenyataan beliau yang diputarbelitkan itu. Kenyataan beliau yang sebenar ialah beliau menyokong...
Pupuk Kebersamaan, Hargai Barisan Hadapan
Kenyataan Media Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pupuk Kebersamaan, Hargai Barisan Hadapan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan setinggi penghargaan kepada seluruh petugas barisan hadapan yang diketuai oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan atas kesungguhan dalam menguruskan pandemik COVID-19 dengan penuh tanggungjawab. Wabak yang melanda negara sepanjang tempoh sepuluh bulan ini diurus dengan berkesan sehingga Malaysia menjadi antara rujukan di peringkat...
Belanjawan 2021 momentum pertumbuhan ekonomi – YDP PAS Alor Gajah
Oleh : Al-Ansari ALOR GAJAH, 15 Nov : "Belanjawan 2021 yang telah dibentang pada 6 November lalu boleh disifatkan sebagai faktor utama dalam memberi momentum kepada pertumbuhan ekonomi tahun hadapan. "Mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2020, data menunjukkan penguncupan sebanyak 2.7 peratus, iaitu pada kadar yang jauh lebih baik berbanding penurunan dua angka sebanyak 17.1 peratus...
Sambutan Perayaan Deepavali Dengan Semangat Perpaduan
PERUTUSAN KHAS Dewan Ulamak PAS Pusat 28 Rabiul Awwal 1442 l 14 NOVEMBER 2020 Sambutan Perayaan Deepavali Dengan Semangat Perpaduan 1. Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) merakamkan ucapan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada seluruh kaum India di Malaysia ini atas semangat kefahaman toleransi dalam kebebasan beragama sebagaimana yang dijamin dalam peruntukan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan iaitu tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan...
Covid-19 Melaka : 6 kes positif baharu Daerah Melaka Tengah
Oleh : Ibnu Janie MASJID TANAH, 14 Nov : Enam kes baharu dilaporkan di Negeri Melaka hari ini, kesemuanya dikesan di dalam Daerah Melaka Tengah menjadikan kes aktif yang masih dirawat di negeri ini ialah seramai 52 orang. Demikian dinyatakan Jabatan Kesihatan Melaka melalui satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi. Menurut laporan itu empat kes adalah daripada kes...
PAS Kawasan Kota Melaka rayu sumbangan program bantuan golongan memerlukan
Oleh : Shawal Ahmad KOTA MELAKA, 14 Nov : PAS Kawasan Kota Melaka hari ini merayu sumbangan daripada orang ramai untuk program sumbangan bantuan asnaf, warga emas, pesakit kronik, ibu tunggal dan mereka yang hilang pekerjaan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS kawasan ini. Menurut Ketua LKK PAS Kawasan Kota Melaka, Salawati Alin, sumbangan yang disifatkan sebagai saham akhirat itu...
Pengumuman : Tazkirah khas maulidur Rasul – Datuk Ustaz Kamarudin Sidek
Penceramah: Yang Berbahagia DATUK USTAZ KAMARUDIN HAJI SIDEK • Penasihat Agama Ketua Menteri Melaka • Pesuruhjaya PAS Melaka Tajuk: RASULULLAH PENYATU UMMAH Tempat: SURAU AT-TAQWA Kg Mata Kucing Melaka Tarikh: 14 NOVEMBER 2020 Hari : SABTU Masa : 6.00 petang : MAULID DIBA'EI Selepas maghrib : TAZKIRAH ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR Slot pengumuman kelolaan wartawan : Adam Baba
Hari ini dalam sejarah : Pelancaran projek pembangunan pertanian berpadu Negeri Melaka
PADA hari ini 14 November dalam tahun 1981, Projek Pembangunan Pertanian Berpadu Negeri Melaka telah dilancarkan dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Musa Hitam bertempat di Jasin, Melaka. Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Menteri Pertanian, YB Dato' Abdul Manan bin Othman, YAB Encik Mohd Adib bin Hj. Mohd Adam, Ketua Menteri Negeri Melaka dan pembesar negeri. Di...