Home Berita PAS Melaka

Belanjawan 2021 momentum pertumbuhan ekonomi – YDP PAS Alor Gajah

515
SHARE

 

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 15 Nov : “Belanjawan 2021 yang telah dibentang pada 6 November lalu boleh disifatkan sebagai faktor utama dalam memberi momentum kepada pertumbuhan ekonomi tahun hadapan.

“Mengikut Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2020, data menunjukkan penguncupan sebanyak 2.7 peratus, iaitu pada kadar yang jauh lebih baik berbanding penurunan dua angka sebanyak 17.1 peratus pada suku kedua. Ini menunjukkan pemulihan ekonomi yang kukuh yang dapat dilihat melalui prestasi ekonomi bulanan pada suku ketiga”.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin, majoriti pakar ekonomi berpendapat Belanjawan 2021 yang bertemakan ‘Teguh Kita, Menang Bersama’ adalah bersifat menyeluruh dan meliputi segenap lapisan masyarakat terutama ketika negara berdepan dengan krisis kesihatan dan ekonomi.

Ustaz Syahbudin yang juga merupakan seorang ahli akademik itu berkata demikian ketika menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan dapur sempena Program Ziarah Kasih PAS Gadek di Kampung Ganun semalam.

Penerima bantuan, Zakirudeen Hazlan, 30, yang bekerja sebagai pemandu lori mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan PAS Gadek dan dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban beliau.

Turut hadir bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Dun (JPrD) Gadek, Mohd Afif Che Roselam dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah, Khanapiah Nor.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)