Home Berita PAS Melaka

PAS Kawasan Kota Melaka rayu sumbangan program bantuan golongan memerlukan

881
SHARE

Oleh : Shawal Ahmad

KOTA MELAKA, 14 Nov : PAS Kawasan Kota Melaka hari ini merayu sumbangan daripada orang ramai untuk program sumbangan bantuan asnaf, warga emas, pesakit kronik, ibu tunggal dan mereka yang hilang pekerjaan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS kawasan ini.

Menurut Ketua LKK PAS Kawasan Kota Melaka, Salawati Alin, sumbangan yang disifatkan sebagai saham akhirat itu adalah dalam bentuk wakaf barangan asas dapur RM30 seorang bagi satu keluarga.

“Dengan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami PAS Kawasan Kota Melaka ingin membuka peluang dan ruang kepada insan yang mempunyai sekeping hati yang ikhlas, untuk menyumbang wang tunai RM30 untuk membeli keperluan barang asas makanan dan barang asas dapur untuk dimanfaatkan kepada warga asnaf atau golongan yang memerlukan seperti warga emas, pesakit kronik, ibu tunggal dan yang kehilangan punca pendapatan di Kawasan Kota Melaka ini.

“Barang-barang asas makanan dan barang asas dapur yang akan dimasukkan dalam pek bantuan itu ialah seperti beras, gula, minyak masak, bihun dan lain-lain lagi,” ujar Salawati.

Mereka yang ingin menyumbang bagi menjayakan misi murni ini boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB – 860 116 3036 atas nama PAS Kawasan Kota Melaka.

Jika ada pertanyaan, terus sahaja whatsapp atau hubungi Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kota Melaka, Salawati Alin, di talian 013 651 5855.


 

Wartawan Rakyat Melaka (WARM)