Home Berita PAS Melaka

Hari ini dalam sejarah : Pelancaran satelit bumi di Melaka

1140
SHARE

PADA hari ini 15 November dalam tahun 1981, Stesen Satelit Bumi yang terletak di Lendu, Alor Gajah, Melaka, dibuka dengan rasminya oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Musa Hitam.

Pembinaan stesen satelit yang berharga RM18.5 juta ini bertujuan untuk menampung kelemahan keupayaan komunikasi antarabangsa yang dihadapi oleh negara selama ini.

Stesen ini menyediakan kemudahan perhubungan telekom dengan sembilan buah negara termasuk Perancis, Hong Kong, Belanda, India, Itali, Filipina, Arab Saudi, United Kingdom dan Jerman Barat.

Selain kemudahan telekomunikasi, satelit ini juga mempunyai saluran TV yang membolehkan siaran secara langsung diterima atau dihantar melalui satelit bumi ini.

Dengan adanya perkhidmatan telekomunikasi antarabangsa melalui stesen satelit bumi ini, diharapkan perkembangan bidang telekomunikasi di negara ini bertambah maju dan menjadikan Malaysia sebagai ‘gerbang laluan trafik’ (Traffic Gateway) yang terpenting di rantau ini.

Kredit sumber : Ihsan Arkib Negara Malaysia (Skrip: Aliza Minai Rajab)


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)