Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 6 kes positif baharu Daerah Melaka Tengah

692
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 14 Nov : Enam kes baharu dilaporkan di Negeri Melaka hari ini, kesemuanya dikesan di dalam Daerah Melaka Tengah menjadikan kes aktif yang masih dirawat di negeri ini ialah seramai 52 orang.

Demikian dinyatakan Jabatan Kesihatan Melaka melalui satu hantaran di laman Telegram rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu empat kes adalah daripada kes saringan kontak rapat berumur 53, 42, 32, dan 23 tahun yang di dikesan di Mukim Batu Berendam sementara dua lagi kes berumur 11 dan dua tahun juga adalah daripada saringan kontak rapat yang dikesan di Mukim Bukit Katil.

Laporan itu juga menyebut keenam-enam kes di atas adalah daripada kes jangkitan tempatan di bawah Kluster Berendam.

Kata laporan itu lagi, Mukim Bukit Katil (2) adalah mukim terbaru diisytiharkan sebagai Zon Kuning hari ini selain Mukim Merlimau (10), Mukim Bukit Rambai (1) Mukim Ayer Panas (1), Mukim Ayer Molek (9), Mukim Cheng (1), Mukim Tanjung Minyak (2), Mukim Batu Berendam (19), Mukim Durian Tunggal (3), Mukim Klemak (1) dan Mukim Chohong (1).

Sementara itu bagi keseluruhan kes di Malaysia pula sebanyak 1114 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan kes di seluruh negara ialah sebanyak 46209.

Sabah masih merekodkan kes tertinggi dengan 391 kes, diikuti rapat oleh Negeri Sembilan dengan 371 kes di mana semua negeri merekodkan kes baharu hari ini kecuali Perlis, Pahang dan Terengganu.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)