Bantuan segera untuk mangsa ribut di DUN Limbongan
LIMBONGAN, 9 Jul: YB Ustaz Mohd Nazlan, ADUN Limbongan bersama Saudara Yusof Zakaria, selaku Penghulu Mukim Wakaf Bunut menjejak rumah-rumah yang terkesan dengan ribut semalam. Beliau turut menghulurkan sedikit bantuan segera bagi membaiki kerosakkan yang dialami. Sebanyak 10 buah rumah telah mengalami kerosakan akibat ribut semalam di Wakaf Bunut. #LimbonganPrihatin #KelantanNegeriBerkebajikan
” PROJEK SI MANJA ” bantu ringankan beban keluarga terkesan PKP 3.0
OLEH : SITI AMINAH ZAMILUDDIN PADANG TERAP : Baru-baru ini 5 Julai 2021 sebuah Program yang di beri nama "Projek Si Manja" telah di lancarkan oleh Skuad Cakna Covid-19 PAS Padang Terap mensasarkan pemberian sumbangan susu dan lampin bayi kepada keluarga yang terkesan akibat perintah kawalan pergerakkan (PKP) 3.0. Pegawai program Badrolsham Ahmad memaklumkan semua sumbangan tersebut di bahagikan kepada Dun...
ADUN Limbongan beri bantuan segera kepada warga DUN
LIMBONGAN, 10 Jul: ADUN Limbongan, YB Ustaz Mohd Nazlan bersama Penghulu Mukim Bandar Pasir Puteh, En.Zahari dan Penghulu Mukim Alor Pasir turun menyantuni beberapa orang warga DUN Limbongan yang dalam kesusahan sebentar tadi. Beliau dan penghulu-penghulu mukim tersebut turun memberi bantuan pada waktu malam setelah mendapat aduan terdapat warga DUN yang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan. #LimbonganPrihatin #KelantanNegeriBerkebajikan
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Kelantan setakat 9 Julai 2021
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Kelantan setakat 9 Julai 2021
Menguntum ingatan, mewangi, santun dan budi – Bantuan peniaga DUN Selising
SELISING, 10 Jul: Hari ini YB Ust Tuan Saripudin Tuan Ismail ADUN Selising, turun menyantuni peniaga-peniaga kecil serta penjaja-penjaja sekitar kawasan Tualang, Wakaf Bunut, Kedai Menanti, Kolam, Jerus, Pupoh, Seligi, Banggol Pak Esah, Permatang Gading, Bukit Abal dan terakhir di Kampung Cherang Rotan. Sumbangan ini merupakan kesinambungan daripada Fasa 1 iaitu sumbangan kedai kopi. Penghulu mukim turut...
Ahli Parlimen Kota Bharu edar Sumbangan Bakul Makanan kepada DUN
KOTA BHARU, 11 Jul: Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Datuk Seri Takiyuddin, hari ini menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Setiausaha ADUN Kota Lama, Hj Mortazi Ismail untuk diagihkan dalam DUN Kota Lama kepada mereka yang tidak berkemampuan dan memerlukan. Bantuan ini akan disalurkan melalui penghulu-penghulu. Sumbangan bakul makanan ini adalah sebahagian daripada peruntukan Bantuan Prihatin...
Bantuan Bakul Makanan #PeMulih Parlimen Kuala Krai ke Manek Urai dan Dabong
KUALA KRAI, 11 Jul: Parlimen Kuala Krai hari ini mengedarkan Bantuan Bakul Makanan #PeMulih kepada DUN Manek Urai dan DUN Dabong. Bakul Makanan #PeMulih ini merupakan inisiatif daripada Kerajaan Malaysia kepada seluruh parlimen di Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi setiap parlimen untuk diagihkan kepada penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Ahli Parlimen...
Persiapan Program ‘Outreach’ Vaksinasi Covid-19 DUN Pengkalan Kubor
PENGKALAN KUBOR, 10 Jul: Program ‘Outreach’ Vaksinasi Covid-19 bagi DUN Pengkalan Kubor akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong, Tumpat yang bermula pagi esok. Program yang dibakal berlangsung selama 3 hari iaitu 11 Julai sehingga 13 Julai 2021 ini, akan melibatkan seramai 600 orang penerima vaksin. ADUN Pengkalan Kubor, YB Ustan Wan Roslan turun...
AKSB: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh bagi membantu siasatan SPRM
Kenyataan Media Pejabat Menteri Besar Kelantan AKSB: Kerajaan Negeri Kelantan Bagi Kerjasama Penuh Bagi Membantu Siasatan SPRM YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan mengambil perhatian sepenuhnya berikutan penahanan bekas Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan pegawai AKSB bagi membantu siasatan kes rasuah yang melibatkan projek AKSB bernilai lebih RM27 juta. Kerajaan Negeri Kelantan akan memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya...
Menteri Besar tinjau Program Outreach Vaksinasi
PASIR PEKAN, 11 Jul: YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan berkesempatan meninjau Program Outreach Vaksinasi yang diadakan di SMKA Falahiah, Pasir Pekan, pagi ini. Proses vaksinasi ini mensasarkan penduduk setempat dengan keutamaan kepada warga emas. Kerajaan Negeri akan terus memperhebat program vaksinasi di Kelantan dengan sasar mencapai imuniti berkelompok menjelang Oktober 2021. Beliau yakin sasaran...