Home Berita PAS Kelantan

Ahli Parlimen Kota Bharu edar Sumbangan Bakul Makanan kepada DUN

37
SHARE
KOTA BHARU, 11 Jul: Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Datuk Seri Takiyuddin, hari ini menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada Setiausaha ADUN Kota Lama, Hj Mortazi Ismail untuk diagihkan dalam DUN Kota Lama kepada mereka yang tidak berkemampuan dan memerlukan. Bantuan ini akan disalurkan melalui penghulu-penghulu.
Sumbangan bakul makanan ini adalah sebahagian daripada peruntukan Bantuan Prihatin Kerajaan Persekutuan (Pemulih) untuk Parlimen Kota Bharu.
Semalam, YB Datuk Seri Takiyuddin turut menyampaikan sumbangan bakul makanan di bawah peruntukan Bantuan Prihatin Kerajaan Persekutuan kepada penghulu-penghulu dalam DUN Tanjong Mas untuk diagihkan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan. Turut hadir menyaksikan penyerahan tersebut ialah YB Puan Rohani Ibrahim, ADUN Tanjong Mas.