Home Berita PAS Kedah

” PROJEK SI MANJA ” bantu ringankan beban keluarga terkesan PKP 3.0

30
SHARE

OLEH : SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP : Baru-baru ini 5 Julai 2021 sebuah Program yang di beri nama “Projek Si Manja” telah di lancarkan oleh Skuad Cakna Covid-19 PAS Padang Terap mensasarkan pemberian sumbangan susu dan lampin bayi kepada keluarga yang terkesan akibat perintah kawalan pergerakkan (PKP) 3.0.

Pegawai program Badrolsham Ahmad memaklumkan semua sumbangan tersebut di bahagikan kepada Dun Kuala Nerang dan Pedu. “Ini adalah fasa ke-5 dalam program ini,di mana sumbangan dana di terima daripada beberapa individu dan menyambut baik inisiatif projek ini”katanya. “Kali ini kami berjaya menyediakan 36 pek “Projek Si Manja” untuk di berikan sama rata kepada keluarga penerima yang memerlukan di kedua-dua Dun”.

Setiausaha Pas Padang Terap En.Rosli Jaafar mewakili dari pihak penyumbang telah menyampaikan sumbangan tersebut di Markaz PAS Kawasan di sini baru-baru ini. Mengulas mengenai sumbangan tersebut,En.Rosli mengharapkan agar ia mampu meringankan bebanan yang di tanggung oleh mereka yang terkesan dan juga penghargaan kepada pihak yang menyumbang bagi menjayakan program itu. Turut hadir,Mohd Nazri Haron Penolong setiausaha (1) dan Ahli Jawatankuasa Skuad Cakna Covid-19 PAS Padang Terap