Dungun sedia terima tambahan bekalan vaksin

Oleh: Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 2 Julai- Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang mengalu-alukan sekiranya kerajaan negeri ingin membuka pusat tambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk membolehkan lebih ramai penduduk di daerah itu menerima vaksin COVID-19. Menurutnya, setakat ini, hanya 14 peratus warga Dungun yang disuntik vaksin dan menyebabkan ramai yang masih menunggu. "Kita sentiasa bersiap sedia sekiranya kerajaan negeri bersetuju menambah PPV...

Anak muda baju hitam, sedarlah anda diperalatkan – PJ PAS Melaka

Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 2 Ogos: Anak-anak muda yang menyertai perhimpunan haram 'Keluar dan Lawan' di Dataran Merdeka pada 31 Julai lepas harus sedar bahawa mereka sebenarnya hanya menjadi alat pembangkang, kata Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek. "Saya harap anak-anak muda yang menyertai demonstrasi tersebut sedarlah perbuatan anda tidak bermanfaat langsung kepada negara dan masa depan anda. "Kalian sebenarnya...

Anak muda baju hitam belajarlah dengan anak muda PAS

Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 2 Ogos: Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaluddin menyarankan agar anak-anak muda 'berbaju hitam' yang menyertai demonstrasi 'Keluar dan Lawan' pada 31 Julai lepas agar belajar daripada anak-anak muda yang bergiat di dalam PAS. Menurut beliau, dalam suasana anak-anak muda 'berbaju hitam' sibuk berkumpul untuk menyatakan bantahan terhadap kerajaan, anak-anak muda yang bergiat di dalam PAS...

Pena editor Negeri Sembilan | Perhimpunan ‘Keluar dan Lawan’ : Angkara PH

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedang bergelut dengan jumlah rakyat yang dijangkiti Covid-19. Semenjak semalam dan hari ini jumlah tersebut melebihi 17 ribu orang dan malahan beberapa hari lepas angka tersebut sudah berada di carta laporan Status Terkini Covid-19 Malaysia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Namun kebimbangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan PN dan rakyat umumnya tidak dihiraukan oleh parti pembangkang...

PASTI Johor rakam terima kasih kepada DPPM atas caruman PERKESO untuk guru-guru PASTI

Oleh : Mohamad Firdaus Adnan Simpang Renggam, 2 Ogos : PASTI Johor dalam satu kenyataannya hari ini merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) dan pengurusan PASTI Malaysia, atas usaha serta kejayaan dalam mencarumkan guru-guru PASTI dengan caruman di bawah agensi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), di sini. Pengarah PASTI Johor, Mohd Fairuz Alias menyatakan bahawa pada...

Hina MB Kedah: 15 Dewan Pemuda PAS Kawasan buat laporan Polis

ALOR SETAR – Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mangarahkan setiap Dewan Pemuda PAS Kawasan untuk membuat laporan polis mengenai provokasi fitnah yang ditujukan kepada Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor. Ketua Pemuda, Ustaz Nurul Amin Hamid mengatakan terdapat banyak pernyataan provokatif oleh pihak tertentu untuk "mengancam kredibiliti dan reputasi Menteri Besar". Tegasnya, tindakan undang-undang akan diambil terhadap "Haters" yang memuatnaik gambar...

UPKN latih semua staf ganda tugas

Oleh NORZANA RAZALY KOTA BHARU, 2 Ogos:  Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) mengamalkan konsep perkhidmatan ganda tugas sedia ada dengan mempelbagaikan peranan (multitasking) kepada semua staf. Pengarahnya, YB Ustaz Ahmad Fathan Mahmood berkata, konsep mempelbagaikan tugas warga UPKN ini amat penting kerana selaku agensi media rasmi Kerajaan Negeri, UPKN bukan sahaja umpama tulang belakang bahkan kepala, kaki...

Pejabat Istana Sultan laksanakan PICK

Oleh NORZANA RAZALY KOTA BHARU , 2 Ogos: Pejabat Sultan Kelantan melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa kedua di Istana Balai Besar selama lima hari bermula semalam. Pengelola Istana Diraja Kelantan, YM Dato’ Tengku Azmi Tengku Jaafar berkata, pembukaan Istana Balai Besar sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) itu telah diperkenankan oleh KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V...

Kemudahan internet keperluan mendesak – EXCO Teknologi Maklumat

Oleh MUHAMAD ASRI HAMAT MACHANG, 2 Ogos: Hari ini, kemudahan rangkaian telekomunikasi terutama capaian internet adalah satu keperluan yang sangat penting dan mendesak. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat, YB Dato' Dr Fadzli Hassan berkata demikian sebagai maklum balas tentang permintaan masyarakat terhadap internet sangat tinggi seperti perkhidmatan bekalan air dan elektrik. "Banyak urusan masyarakat bergantung...

Webinar KPKB kongsi tips urus niaga Usahawan Tani

Oleh NORZANA RAZALY KOTA BHARU, 1 Ogos: Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) menganjurkan webinar yang berlangsung pada pukul 2.30 hingga 4.30 petang, semalam. Seramai 121 usahawan tani, mahasiswa dan pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menerima pendedahan tentang kepentingan pengurusan kewangan dan perakaunan dalam menghadapi arus semasa berteraskan norma baharu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau...