Prihatin akan musibah
Oleh: JAMSARI SAMAD PERMATANG PAUH, 24 OGOS - Setiausaha PAS Kawasan Permatang Pauh, Ustaz Mansor Che Dan menyeru semua pihak memandang pandemik Covid-19 dari persepektif berbeza, iaitu peluang untuk memupuk empati, meningkatkan ketaqwaan dan rasa syuku kepada Allah SWT. Menurutnya, di sebalik suasana masyarakat hari ini yang semakin dicengkam kesusahan, keresahan, kesihatan serta ketidaktentuan pendapatan, amalan memberi dan bersedekah semakin subur. “Alhamdulillah ada...
Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah turut membantu masyarakat
Oleh: NAZRI ABD HAMID NIBONG TEBAL, 24 OGOS - Prihatin akan musibah yang menimpa ahli qaryah yang menjadi mangsa Covid-19 di sini, Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah, Qaryah Bandar Tasek Mutiara telah mengambil langkah awal untuk membantu mangsa disini. Masjid ini baharu sahaja dibuka pada 14 haribulan 2021 yang lalu dan telah dipengerusikan oleh Ustaz Haji Mohd Anur bin Hj. Hussin....
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang agih sumbangan pasca banjir
BALIK PULAU, 24 OGOS - Khidmat Malaysia Balik Pulau bersama Muslim Care Malaysia telah memberikan sumbangan pasca banjir kepada beberapa buah rumah yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Pulau Betong, Balik Pulau hari ini. Sumbangan yang berupada tilam, bantal dan bakul makanan tersebut bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan harian mangsa banjir yang terjejas ditambah lagi dengan keadaan pandemik COVID-19...
Terengganu peruntuk RM250,000 kepada pengusaha melon manis
Oleh: Mastura Jamal Din KUALA TERENGGANU, 23 Ogos - Terengganu memperuntukkan RM250,000 kepada pengusaha fertigasi tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di seluruh negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata insentif yang diberikan kepada 47 pengusaha MMT itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap sektor pertanian yang merupakan salah satu penyumbang kepada...
Lebih 90 peratus guru di Terengganu sudah divaksin
Oleh:Mastura Jamal Din KUALA TERENGGANU, 23 Ogos - Lebih 90 peratus warga pendidik di negeri ini selesai menerima dos pertama vaksin Covid-19 dan bersedia untuk memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah sekiranya diumumkan kelak. Pengarah Pendidikan negeri, Salim Abd Ghani berkata hampir semua guru menyambut baik Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Katanya, Terengganu...
Enam juruselam siasat paip rosak di dasar sungai
Oleh:Fakrusy Syakirin Ahmad Sabri KUALA TERENGGANU, 23 Ogos – Enam juruselam dikerah bagi mengenalpasti punca pengoperasian tidak stabil yang berlaku pada paip di dasar Sungai Terengganu hingga menjejaskan bekalan air di Daerah Kuala Nerus dan sebahagian Kuala Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) telah mengesan tekanan...
Terengganu sumbang RM165 ribu bantu mangsa bencana Gunung Jerai
Oleh: Mohd Irsyadi Abu Bakar ALOR SETAR, 23 Ogos - Sebanyak RM165 ribu berjaya dikumpulkan Khidmat Malaysia Terengganu bagi membantu penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di daerah Yan dan Kuala Muda, Kedah. Pengerusi Khidmat Malaysia Terengganu, Hanafiah Mat berkata, jumlah tersebut diperolehi hanya dalam masa dua hari program kutipan derma dilancarkan. "Ini angka yang sangat menakjubkan daripada sumbangan rakyat Terengganu yang...
Covid-19 Melaka | 6 kematian, 363 kes positif baharu
Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 23 Ogos: Sebanyak enam kes kematian dan 363 kes positif baharu Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi. Menurut JKN Melaka, daripada enam kes kematian baharu yang direkodkan hari ini, empat kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, manakala masing-masing satu...
JAM Muar terus hulur bantuan
Oleh SHARIFAH AJIL MUAR, 23 Ogos : Jabatan Amal Malaysia (JAM) kawasan Muar tidak berhenti menghulurkan bantuan samada dalam bentuk kewangan mahupun tenaga kepada masyarakat khususnya mereka yang terkesan oleh pandemik Covid 19. Terbaharu khidmat tenaga JAM Muar adalah program aktiviti mensanitasi sebuah rumah bekas pesakit Covid19, Salehan Ahmad dan beberapa orang ahli keluarganya yang telah dijangkiti Covid 19 namun kesemuanya...
Serahan sumbangan kepada keluarga Zainul Ariffin
Oleh: Zulaikha Zulkiflee 23 Ogos 2021 KOTA KINABALU : Keluarga Zainul Ariffin telah menerima sumbangan daripada Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah melalui YB Dr Aliakbar di bangunan Wisma Merdeka Kota Kinabalu sabtu lepas. Sumbangan berbentuk wang tunai tersebut bertujuan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga Zainul setelah pemergian anak tersayang, arwah Muhammad Zul Aris bin Zainul Ariffin berusia 8 bulan pada...