Home Berita PAS Johor

JAM Muar terus hulur bantuan

101
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 23 Ogos : Jabatan Amal Malaysia (JAM) kawasan Muar tidak berhenti menghulurkan bantuan samada dalam bentuk kewangan mahupun tenaga kepada masyarakat khususnya mereka yang terkesan oleh pandemik Covid 19.

Terbaharu khidmat tenaga JAM Muar adalah program aktiviti mensanitasi sebuah rumah bekas pesakit Covid19, Salehan Ahmad dan beberapa orang ahli keluarganya yang telah dijangkiti Covid 19 namun kesemuanya kini telah pun sembuh serta tamat tempoh kuarantin, di Parit Amal Darat semalam.

Terdahulu, Ketua Pemuda PAS Muar, Ustaz Ridzuan Nazri yang mewakili JAM Muar turut menyampaikan sumbangan barang keperluan asas kepada lapan orang pelajar Sekolah SRI Tahfiz At Tanwiriyah, di sini.

Menurut Ridzuan, barangan keperluan asas tersebut merupakan sumbangan daripada individu-individu yang bermurah hati menghulur kepada mereka yang terkesan bagi mengurangkan beban yang ditanggung.

JAM Muar juga berkesempatan menziarahi seorang ahli Assabiqun, Mohamad Som yang terletak di Bukit Mor yang mana rumahnya dimasuki air akibat hujan lebat berterusan semalam.

Difahamkan kerja pembersihan rumah tersebut telah dilaksanakan oleh JAM Muar tadi setelah air surut.