Bantuan untuk sektor pelancongan sepanjang PKP
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA KOTA Bharu, 30 Ogos: Antara salah satu sektor paling teruk terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik COVID-19 ialah sektor pelancongan. Menurut Jabatan Perangkaan anggaran kerugian sepanjang tempoh tersebut untuk sektor pelancongan Kelantan adalah RM2.6 bilion, manakala negara pula kerugian RM45 bilion. Atas kesedaran dan keprihatinan ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah bantuan untuk membantu sektor ini...
Muar daerah pertama capai imuniti kelompok kebangsaan
Oleh SHARIFAH AJIL MUAR, 5 Sept : Daerah Muar telah muncul sebagai daerah pertama peringkat kebangsaan berjaya mencapai imuniti kelompok sehingga 80.8 peratus sejak Program Imunisasi Covid 19 (PICK) dilancarkan pada 1 Mac lalu. Sehingga kini, seramai 199,037 atau 99.6 peratus penduduk telah menerima vaksin dos 1 manakala 161,555 atau 80.8 peratus telah lengkap kedua-dua dos. Jumlah dos yang telah diberikan...
PAS Muar terus konsisten membantu warga Muar
Oleh SHARIFAH AJIL MUAR, 5 Sept : PAS Kawasan Muar telah turun menyantuni mangsa ribut di Kampung Parit Amat, Jalan Sri Tanjong di sini, semalam. Yang Dipertua PAS Muar, Abdul Aziz Talib telah menyampaikan sumbangan kepada Sulaiman Ghani, mangsa yang rumahnya telah dilanda ribut kelmarin. Sumbangan berupa barangan makanan dan wang tunai disampaikan ketika Abd Aziz menziarahi keluarga tersebut. Dalam masa...
Jabatan Amal Perlis anjur Bubur Asyura Perdana
ARAU, 5 Sept: Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis (JAMNPs) hari ini mengadakan program Bubur Asyura Perdana Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis bertempat di Sekolah Rendah Islam Al Furqan (SRIAF), dekat sini.
Haji Adam, mantan Ketua Cawangan PAS Kampung Lendu meninggal dunia
Oleh IBNU JANIE MASJID TANAH, 5 Sept: Mantan Ketua Cawangan PAS Kampung Lendu, Haji Adam Majid, 76, telah kembali ke rahmatullah pada kira-kira jam 11 malam tadi. Menurut Ketua Cawangan PAS Kampung Lendu, Mohamad Nasri Jaafar, Almarhum menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Batu 17 Kampung Lendu, di sini. Tambah Nasri, pemergian Almarhum adalah satu kehilangan besar kepada PAS cawangan ini khasnya...
Muslimat PAS Bukit Mertajam santuni keluarga OKU
Oleh FARHANI FUAD BUKIT MERTAJAM, 1 SEPTEMBER - Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Mertajam (DMPKBM) telah menyantuni tiga keluarga Orang Kurang Upaya (OKU) yang cacat penglihatan di PPR Desa Wawasan, disini, semalam. Sumbangan berbentuk wang ringgit bagi setiap keluarga telah disampaikan Naib Ketua DMPKBM, Shakirah Md Daud dan Pengarah Jabatan Pilihanraya DMPKBM, Noor Alifah Shaharudin. Menurut Shakirah, pihaknya bertindak sejurus menerima maklumat...
PAS Seputeh agih 108 Bakul Prihatin
Oleh DHIYA' MUTTMAINNAH BATU, 4 September: PAS Kawasan Seputeh telah mengagihkan bantuan Bakul Prihatin kepada 108 buah keluarga yang memerlukan 24 Ogos lalu. Kesemua penerima ialah golongan asnaf dan b40 sekitar Bukit Jalil, Kuchai Entrepreneurs Park, Taman Desa, Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah dan Taman Gembira. Agihan diketuai Ketua Prihatin Kawasan Seputeh, Roslina Ab Jalil bersama ahli jawatankuasa Bantuan COVID-19 Wilayah Persekutuan yang...
Covid-19 Melaka | 338 kes positif, 5 kes kematian baharu
Oleh IBNU JANIE AYER KEROH, 4 Sept: Sebanyak 338 kes positif dan lima kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan di Negeri Melaka hari ini, kata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi. Menurut JKN Melaka, daripada 338 kes positif baharu yang direkodkan hari ini, 335 kes adalah daripada kategori kes tempatan, tiada kes...
Ayuh bersama kita derma darah – DPPN Selangor
Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Oleh : Umar Al-Hayawi Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor dan Alternative Riding Club (ARC) Selangor bersama dengan Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menguruskan Program Menderma Darah. Program akan diadakan pada Sabtu hingga Ahad hujung minggu ini dan akan bertempat di 2 buah lokasi berikut iaitu AEON BIG Bukit Puchong...
PAS Petaling Jaya kehilangan seorang permata perjuangan Islam – Ketua DPPK Petaling Jaya
Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Oleh : Muhamad Hakimi Bin Hussain Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Haji Ali Hanafiah yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Almarhum merupakan Pengerusi As-Sabiqun PAS Kawasan Petaling Jaya dan Pengerusi...