Home Berita PAS Johor

PAS Muar terus konsisten membantu warga Muar

78
SHARE

  • Oleh SHARIFAH AJIL
  • MUAR, 5 Sept : PAS Kawasan Muar telah turun menyantuni mangsa ribut di Kampung Parit Amat, Jalan Sri Tanjong di sini, semalam.

Yang Dipertua PAS Muar, Abdul Aziz Talib telah menyampaikan sumbangan kepada Sulaiman Ghani, mangsa yang rumahnya telah dilanda ribut kelmarin.

Sumbangan berupa barangan makanan dan wang tunai disampaikan ketika Abd Aziz menziarahi keluarga tersebut.

Dalam masa yang sama beliau juga telah menyantuni enam buah keluarga yang sedang dalam proses kuarantin Covid 19. Setiap keluarga telah diberikan sumbangan bekalan makanan.

“PAS Muar konsisten membantu mereka yang di dalam kesusahan. Misi bantuan kepada warga yang terkesan dek pandemik Covid 19 terus berjalan hampir setiap minggu,” demikian menurut sumber yang diperolehi daripada pemangku Setiausaha, Suraya Samari yang turut mengiringi Abd Aziz bersama seorang ahli Jabatan Amal Muar.