Home Berita PAS Wilayah

PAS Seputeh agih 108 Bakul Prihatin

89
SHARE

Oleh DHIYA’ MUTTMAINNAH

BATU, 4 September: PAS Kawasan Seputeh telah mengagihkan bantuan Bakul Prihatin kepada 108 buah keluarga yang memerlukan 24 Ogos lalu.

Kesemua penerima ialah golongan asnaf dan b40 sekitar Bukit Jalil, Kuchai Entrepreneurs Park, Taman Desa, Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah dan Taman Gembira.

Agihan diketuai Ketua Prihatin Kawasan Seputeh, Roslina Ab Jalil bersama ahli jawatankuasa Bantuan COVID-19 Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Seputeh, Nor Azmi Mohamed.

“Kita komited untuk meneruskan agihan bakul makanan ini dari semasa ke semasa.

“Semoga sumbangan ini dapat menampung keperluan barangan dapur buat semua penerima”, ujar Roslina yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Seputeh.

Turut membantu ialah ahli jawatankuasa Skuad Prihatin Taman Desa, Noorerda Muhd Arifin dan Pengerusi Surau Al-Hidayah Taman Desa, Hassan Talib.