Home Berita PAS Perlis

Jabatan Amal Perlis anjur Bubur Asyura Perdana

286
SHARE

 

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 5 Sept: Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis (JAMNPs) hari ini mengadakan program Bubur Asyura Perdana Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis bertempat di Sekolah Rendah Islam Al Furqan (SRIAF), dekat sini.

Program berkenaan disertai seramai 40 orang pegawai serta anggota JAMNPs.

Turut sama hadir, Ketua Pemuda PAS Perlis Ustaz Muhammad Azmir Azizan dan naib ketua pemudanya Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim.

Menurut Pengarah JAMNPs Amirul Jufri Mat Saman, sebanyak dua kawah bubur asyura telah disediakan secara gotong-royong.

“Selain anggota JAMNPs, kami turut dibantu para guru serta kakitangan sekolah dalam menyediakan sebanyak 2 kawah bubur asyura pada hari ini.

“Bubur ini kemudiannya akan diagihkan kepada seramai 300 orang penerima terdiri daripada para petugas yang hadir serta masyarakat setempat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan hingga membolehkan JAMNPs melaksanakan segala program kemasyarakatan yang telah dirancang.