Home Berita PAS Pulau Pinang

Muslimat PAS Bukit Mertajam santuni keluarga OKU

51
SHARE

Oleh FARHANI FUAD

BUKIT MERTAJAM, 1 SEPTEMBER – Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Mertajam (DMPKBM) telah menyantuni tiga keluarga Orang Kurang Upaya (OKU) yang cacat penglihatan di PPR Desa Wawasan, disini, semalam.

Sumbangan berbentuk wang ringgit bagi setiap keluarga telah disampaikan Naib Ketua DMPKBM, Shakirah Md Daud dan Pengarah Jabatan Pilihanraya DMPKBM, Noor Alifah Shaharudin.

Menurut Shakirah, pihaknya bertindak sejurus menerima maklumat bahawa tiga keluarga ini terputus bekalan barang basah dan memerlukan bantuan wang tunai.

“Mereka bekerja sebagai tukang urut, tetapi disebabkan pandemik COVID-19 ini, kesemua mereka terpaksa berhenti dari melaksanakan pekerjaan tersebut.

“Sebelum ini muslimat PAS cawangan Perda telah membantu proses pembersihan rumah dengan mencuci lantai dan bahagian dalam rumah,” ujar beliau.

Noor Alifah pula berkata, DMPKBM akan membuat tindakan susulan bagi tiga keluarga ini agar mendapat bantuan mengikut prosedur yang selayaknya.

DMPKBM amat mengalukan sumbangan dari para dermawan ke akaun berikut:
Bank Islam Malaysia Berhad
07052010012813
Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Mertajam