Home Ketua Penerangan PAS Pusat

HIMPUNAN RAKSASA JIKA KERAJAAN LEMBAM

1,048 views
SHARE

HIMPUNAN RAKSASA JIKA KERAJAAN LEMBAM

Kenyataan Media Penerangan. 269/140
20 Jamadil Akhir 1440 | 25 Februari 2019

Penghina Nabi (saw) dibebaskan, kenapa ?

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Parti Islam Se-Malaysia sangat terkilan dan kesal dengan tindakan pihak polis membebaskan individu berbangsa Cina, pemilik akaun Facebook bernama Foo Sing Wai yang telah memuatkan karikatur biadap menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda.

2. Tindakan tersebut telah menimbulkan tanda tanya yang besar dalam kalangan umat Islam mengapa suspek dibebaskan dengan mudah.

3. Sebanyak 395 laporan polis telah dibuat di seluruh negara terhadap individu biadap tersebut.

4. Dia disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Dia hanya direman selama tiga hari kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

5. Walhal, seorang wanita yang menghina Nabi SAW pada tahun lalu dan disiasat di bawah Seksyen 298 juga telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan dan denda sebanyak RM15,000.

6. Mengikut fakta kes, tindakan individu biadap tersebut tidak wajar untuk dilepaskan.

7. Oleh itu, PAS menuntut satu penjelasan daripada pihak berwajib bagi meredakan keresahan umat Islam. Justeru ia satu provokasi yang jelas mengundang suasana buruk.

8. Tindakan inidividu biadap tersebut sewajarnya dikenakan hukuman berat. Karikatur menghina Nabi SAW dan isteri baginda tidak dapat dimaafkan oleh umat Islam di negara ini.

9. Kerajaan Malaysia juga mesti tegas bertindak. Jaga agama Islam dan sensitiviti penganutnya. Jika kerajaan malas dan lembab bertindak, ia menyebabkan penghina agama ini makin berani dan nekad.

10. Jika tiada tindakan tegas, rakyat pasti akan bangkit dan Himpunan Raksasa akan diadakan untuk mendesak kerajaan bertindak.

Islam Memimpin

Sekian.