Home Artikel PAS Wilayah

Hi-Tea PAS Setiawangsa Kumpul Dana Tahunan

434
SHARE

SETIAWANGSA: PAS Kawasan Setiawangsa dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Setiawangsa telah mengadakan Majlis Hi-Tea di Surau Al-Ansar, Taman Seri Rampai, di sini kelmarin.

Majlis tahunan bertujuan mengumpulkan dana PAS Setiawangsa itu telah dihadiri sekitar 100 pendukung dan penyokong termasuk pimpinan PAS khusus dari dalam Wilayah Persekutuan.

Turut memeriahkan majlis ialah Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan Yang DiPertua PAS Kawasan Seputeh, Abu Bakar Sidik serta Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Bintang, Mohd Azemi Azman.

Menurut Yang DiPertua PAS Setiawangsa, Abdul Halim Hassan, usaha sedemikian telah diadakan sejak 5 tahun lalu dan menjadi dana kepada gerak kerja PAS Kawasan disamping merapat ukhuwah sesama anggota.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Wilayah Persekutuan memaklumkan, dana itu turut meliputi keperluan program-program kebajikan contohnya pernah mengumpulkan lebih RM100,000 untuk Misi Banjir Pantai Timur 2014.

Ustazah Nuridah yang turut berucap sebagai perasmian majlis tersebut menyeru hadirin mengamalkan Doa Rabitah dan Qunut Nazilah sebagai senjata utuh menghadapi cabaran politik ketika ini.

Beliau juga mempertegaskan kepentingan usaha amar makruf nahi munkar dan kerangka syariat Islam diusahakan PAS sebagai memenuhi perintah Allah dan dalam memberi keadilan kepada semua.

Terang Ahli Dewan Negara itu, perkara tersebut mesti istiqamah ditegakkan masyarakat Islam agar nasib yang dihadapi saudara Islam di Myanmar, Palestin, Thailand dan Filipina tidak terjadi di sini.

– HARAKAHDAILY 25/2/2019