Oleh TASNIM
POKOK SENA, 13 Mac – Sempena Hari Wanita pada 8 Mac, Ameerah Pokok Sena dengan Kerjasama Dewan Muslimat Pokok Sena berkesempatan menyantuni golongan wanita di sini, semalam.
Menurut Ketua Ameerah Pokok Sena, Nur Afwa Ismail Program Ziarah Sejahtera pada kali ini mensasarkan golongan miskin, sakit, OKU, warga emas & ibu tunggal, serta ibu muda baru bersalin.
“Selain daripada buah tangan yang dibawa, kami juga memberikan sekuntum bunga buat para penerima sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada para wanita yang telah banyak berkorban, bersempena dengan Hari Wanita yang disambut pada bulan Mac setiap tahun.
“Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka, semoga kehadiran kami dapat menceriakan lagi hari mereka,” katanya.
Turut hadir, Yang Dipertua PAS Pokok Sena, YB Wan Romani Wan Salim.