Home Kenyataan Media Presiden PAS

Keputusan PRN Johor

49
SHARE


KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
KEPUTUSAN PRN JOHOR


1. PAS, bersama Perikatan Nasional, menerima keputusan PRN Johor dengan hati yang lapang, dan akan terus menyantuni rakyat berdasarkan peningkatan sokongan yang ketara di kebanyakan kerusi yang ditandingi.

2. Di kesempatan ini, PAS mengucapkan terima kasih kepada para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), juga jentera parti yang bertugas dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar dan selamat.

3. PAS turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Johor yang telah mengundi calon-calon Perikatan Nasional, khususnya yang dikemukakan oleh PAS. Sokongan yang diberikan adalah amat bermakna bagi meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan berkebajikan, demi kemaslatan negeri dan negara.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 10 Sha’aban 1443 / 13 Mac 2022

https://www.facebook.com/100044222510324/posts/517159473101465/?d=n