Home Berita PAS Johor

Perikatan Nasional tawan Maharani

519
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 13 Mac : Pertembungan enam penjuru menyaksikan kerusi N15 Maharani telah berjaya ditawan oleh Perikatan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri(PRN) Johor kali ke 15 yang diadakan di sini, semalam.

Perikatan Nasional yang diwakili oleh Abd Aziz Talib daripada PAS telah meraih undi sebanyak 7,559 mengalahkan calon penyandang sebelum ini Norhayati Bachok dari Amanah – Pakatan Harapan yang memperolehi 6,552 undi setelah diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi.

Sementara itu, calon daripada UMNO – Barisan Nasional, Nor Fara Shamsudin memperolehi 5,861 undi, diikuti calon daripada Pejuang, Riad Ahmad mendapat 292 undi, calon Parti Bangsa Malaysia, Md Hanis Asmui Md Salleh mendapat 190 undi dan calon Bebas iaitu Lim Kim Joo mendapat 592 undi.

Jumlah dicatatkan dengan unndi keseluruhan adalah sebanyak 21,523 pada kadar 55.8%, dengan majoriti 1,037.

Pada PRU 14, calon Pakatan Harapan, Norhayati Bachok mendapat 12,405 dengan majoriti 5,665 mengalahkan Dr Mohamad Taslim dari PAS dengan majoriti 5674.

“Kemenangan ini satu pinjaman daripadaNya.A lhamdulilllah, saya memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah atas kemenangan di Dun Maharani ini,” kata Abd Aziz.

Beliau amat menghargai dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pengundi yang memberi kepercayaan kepadanya untuk membawa harapan mereka.

Penghargaan juga kepada petugas dan jentera pilihan raya dari kawasan Muar dan negeri bantu Selangor yang bekerja keras membantu tanpa henti.

“Kemenangan ini adalah satu ujian buat saya untuk menggalas amanah baru sebagai YB (Yang Berkhidmat) di Dun Maharani.

“Insyaallah, saya berazam untuk meneruskan legasi Dr Mohammad Taslim di Dun Maharani ini dengan memberikan khidmat terbaik kepada semua, ” jelas beliau menutup bicara.