Home Berita PAS Kelantan

Gotong royong Pantai Geting meriah

262
SHARE

TUMPAT, 16 Jan: Majlis Daerah Tumpat (MDT) dengan kerjasama NGO, agensi dan jabatan kerajaan, sekolah serta kumpulan masyarakat dan orang awam berjaya menganjurkan Program Gotong Royong Mega Pantai Geting, Tumpat, semalam.

700 peserta memeriahkan program yang dianjurkan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam amalan gotong royong menjaga kebersihan alam sekitar selari dengan kempen “Kelantan ku Bersih” yang diperkenalkan pada 25 April 2019.

Majlis perasmian program amal tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr Izani Husin yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO merangkap ADUN Pengkalan Kubor, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, ADUN Wakaf Bharu, YB Mohd Rosli Abdullah, Ketua Jajahan dan Ketua-Ketua Jabatan.

Menurut Dr Izani, Kerajaan Negeri optimis menjadikan pesisir pantai di Kelantan sebagai pusat rekreasi dan riadah utama pilihan keluarga. Elemen bersih, ceria dan kondusif menjadi fokus utama pada tahun 2022.