Home Berita PAS Kelantan

Kebersamaan pemimpin dengan mahasiswa perantau Kelantan

17
SHARE

KUALA LUMPUR, 15 Jan: Setelah hampir dua tahun sunyi dengan program pimpinan bersama perantau kesan pandemik, sesi dialog pemimpin bersama Mahasiswa Kelantan dalam Majlis Himpunan Mahasiswa Kelantan bagi kawasan Lembah Klang di Balai Ilmu Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur, semalam.

Bertemakan ‘Realiti Kejayaan Mahasiswa’ mendapat sambutan hangat daripada peserta dengan pelbagai pertanyaan kepada tiga panelis pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang hadir iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Kelantan, YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri Kelantan, YB Wan Roslan Wan Hamat.

Dalam majlis tersebut, pengedaran buku Sukses serta penyampaian It’am Siswa dan kelengkapan Persatuan Mahasiwa Kelantan telah diadakan dengan menyampaikan mesin pencetak kepada enam Ikatan Mahasiswa Kelantan (NAIM) sekitar Lembah Klang sebagai kemudahan untuk gerak kerja persatuan mereka.
Terdahulu, Slot Santai bersama selebriti Ex Unic dan motivator, Ahmad Fadzli Abdul Aziz juga diadakan dengan membincangkan topik Mahasiswa dan Kerjaya.

Turut hadir Penasihat Alumni Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya Dr Sufian Che Abdullah dan Presiden Perakan Malaysia Ir Hamdzah Abdul Rahman.