Home Berita PAS Johor

PAS Tebrau santuni mangsa kebakaran

152
SHARE

Oleh : Siti Nur Aisyah Az Zahra

Tebrau, 16 Januari : Yang Dipertua PAS Kawasan Tebrau, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail telah meluangkan masa menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada mangsa yang mengalami musibah kebakaran rumah bertempat di Kampung Cahaya Baru semalam.

Rombongan ziarah yang diketuai oleh Ketua Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan Tebrau Nor Fazielah Yaakub ini turut dihadiri oleh Ketua Muslimat PAS Kawasan Tebrau Rohaiza Mohd Razali, AJK Kelab Kebajikan Anak Tebrau, Fatima Hp Dulkarnain, Ketua Muslimat Cawangan Rina Jumahat dan Timbalan Komanden Jabatan Amal Tebrau Fauzi Adzahor.

“Musibah ini adalah salah satu ujian dari Allah yang mana kita perlu meyakini di sebalik ujian,ada hikmah yang lebih baik yang Allah aturkan untuk diri kita,” antara petikan kata-kata semangat oleh Ustaz Khirul Muntanazar.

Susulan daripada ziarah tersebut, Jabatan Amal Tebrau telah di arahkan untuk membantu kerja pembersihan rumah yang masih penuh dengan sampah, kayu kayan dan perabot yang terbakar dan berselerak di setiap ruang.

Disamping itu, dua lagi program ziarah dan serahan sumbangan telah dijalankan pada hari yang sama iaitu ziarah adik Adi Firdaus Sazalee merupakan pelajar di PASTI Al Irfan Tebrau 6, Taman Daya yang baru sahaja menjalani pembedahan kecil kalenjar di rahang dan Nur Batrisyia Nordin yang mengalami kemalangan motosikal di Taman Cahaya Masai beberapa hari lalu.

PAS Kawasan Tebrau Bersama Kelab Kebajikan Anak Tebrau mendoakan agar mereka yang diuji musibah dan ujian sakit ini di berikan kebaikan dan kesabaran dalam menghadapinya.