Home Berita PAS Kedah

Gotong-royong membina takungan kolam paip air masyarakat Kampung Charok

166
SHARE

SIK, 6 Feb – Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Sik (PUSRASIK) diwakili oleh Tuan Haji Yahya Wahab dan Ustaz Arif Ismail mengadakan gotong-royong bersama penduduk setempat bagi membina kolam takungan paip air masyarakat Kampung Charok Kudung, Sik.

Menurut Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman, pihak PUSRASIK telah menyumbang sebanyak tiga gulung paip poly bersaiz tiga inci dan lima belas gulung paip poly bersaiz dua inci.

Projek pembinaan paip air masyarakat sumbangan daripada PUSRASIK ini dilakukan secara gotong royong oleh penduduk kampung sendiri dan akan memberi manfaat kepada lebih kurang 50 orang sekitar Kampung Charok Kudung.

“Pepatah menyebut ‘bulat air kerana pembetung’. Aktiviti berbentuk muafakat sebegini diharapkan dapat memberi kesejahteraan kepada semua dan diberkati Allah SWT,” ujar YB. Pesakit lumpuh separuh badan terima sumbangan kerusi roda.