Home Berita PAS Sabah

Riadah mengeratkan ukhwah masyrakat setempat

109
SHARE

Oleh : Nurfatiha Mohamad
06 Februari 2022

Kinabatangan : Lajnah Kebudayaan,Kesenian dan Rekreasi (LKKR), Muslimat PAS Kinabatangan dengan kerjasama Ameerah Kinabatangan, telah menganjurkan pertandingan Badminton yang berlangsung pada hari kelmarin.

Aktiviti yang berlangsung di Dewan Tawoi Maratu, Kg. Usaha Jaya, telah dihadiri seramai 25 orang peserta dalam kalangan masyarakat muslimat setempat.

Program ini dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ketua Ameerah Kinabatangan Aisyah Mohd Syah serta pengisian rohani oleh Ketua Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi Muslimat PAS Kinabatangan Aslinda Mohamad.

Menurut Ketua LKKR, Aslinda Mohamad, progam ini bukan sahaja beriadah secara santai, LKKR membawa pendekatan menutup aurat juga boleh beriadah sambil beribadah.

“Slot solat berjemaah, makan berjemaah turut diisi dalam program ini,” katanya lagi.

Turut serta dalam program ini ialah Ketua Muslimat Pas Kinabatangan Izzah Inah serta Ikon Muslimat Muda Nurshahirah Salasain.