Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Gerakan Liberalisasi: Umat Islam Mesti Berhati-Hati

1916
SHARE


GERAKAN LIBERALISASI

Al Bayaanul Mubin. Siri 74
28 Ramadhan 1440 | 02 Jun 2019

UMAT ISLAM MESTI BERHATI-HATI

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/bayaanulmubin


1. Perancangan musuh Islam sangat rapi dan strategik. Tindakan mereka licik untuk menyekat atau sekurang-kurangnya memperlahankan gerakan Islam dan umatnya.

2. Tidak sahaja serangan mereka terbuka dari luar, tetapi halus dan menusuk dari dalam setelah mereka berjaya masuk ke “jantung hati” umat Islam.

3. Satu daripada gerak licik mereka ialah gerakan liberalisasi yang tentu sahaja bergerak selari dan sepadu dengan gerakan misionaris dan orientalis.

4. Gaya tindak Gerakan Liberalisasi ialah:

a) Menyamatarafkan agama Islam dengan agama-agama lain melalui slogan semua agama mengajak ke arah kebaikan dan semua agama menuju syurga.

b) Mencampur adukkan perkara ibadah khusus dalam Islam dengan amalan adat dan budaya sehingga nilai ibadah khusus itu tidak dipraktikkan mengikut tatacara ibadah yang betul.

c) Menuetralkan amalan agama dan ibadah dalam Islam agar ia boleh dikongsi amal dan tindakan dengan penganut agama lain atas nama perpaduan kaum dan keharmonian agama.

5. Sasaran Mudah Gerakan Liberalisasi:

a) Umat Islam yang tidak mendalam pegangan agama dan mudah diperdaya melalui slogan kesaksamaan dan keharmonian kaum.

b) Umat Islam yang tidak kejap pegangan agama dan mudah dipalingkan dengan tekanan dan ugutan.

c) Umat Islam yang terdesak dan mudah dipengaruhi melalui sumbangan kebajikan dan pembiayaan yang dihulurkan.

6. Objektif Gerakan Liberalisasi:

a) Meleraikan pegangan agama dan merosakkan keyakinan umat Islam terhadap Islam sebagai Addeen. Sehingga menganggap Islam hanyalah agama biasa-biasa sahaja.

b) Melunturkan semangat juang umat Islam untuk mendaulatkan Syariat. Sehingga menganggap bahawa syariat Islam tidak perlu didaulatkan kerana masyarakat majmuk dan menghormati kepelbagaian agama.

c) Akhirnya, mereka mahu supaya umat Islam tidak rasa bersalah kalau pun mahu menukar agama justeru ia menepati hak asasi beragama dan memilih cara hidup.

7. Geraka Bersepadu Antara Liberalisasi dan Misionaris dan Orientalis.

a) Kita akan dapati penggerak dan watak utama gerakan liberalisasi ini ialah golongan atau individu yang mempunyai rekod anti Islam. Sama ada mereka berperanan di belakang tabir atau semakin berani dan nekad untuk tampil terbuka.

b) Realiti ini kita boleh perhatikan secara mikro bagaimana sesuatu agenda itu di realisasikan lalu kita boleh mengesahkannya dengan penglibatan watak-watak tersebut.

8. Islam Tidak Anti Non Muslim Tetapi Islam Menetapkan Garis Sempadan.

9. Islam adalah agama kasih sayang. Islam turut memelihara hubungan antara kaum dengan menghormati hak mereka meskipun mereka adalah non muslim.

10. Namun Islam mempunyai garis sempadan yang perlu dipatuhi. Ia adalah hak eksklusif agama yang tidak boleh diabaikan. Jangan langgar sempadan yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Antaranya firman Allah swt:

‎مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَن يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَىٰ أَنفُسِهِم بِالْكُفْرِ أُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ

Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka.

Surah At Taubah: Ayat 17

Islam Memimpin

Sekian