Home Artikel PAS Johor

Mak Tim kagum dengan muslimat Johor

577
SHARE

Mak Tim Kagum Dengan Muslimat Johor

AISYAA YASMIN

Pagoh : Ketua Muslimat Johor, Fatimah Ismail yang lebih mesra dipanggil Mak Tim menzahirkan rasa kagum kepada para muslimat Johor yang dilihat begitu bersungguh-sungguh membuat kebajikan dengan penganjuran pelbagai program di setiap kawasan.

Terbaru, beliau yang begitu aktif dengan aktivti Kebajikan dan Kemasyarakatan sesuai dengan fitrah kewanitaannya sempat berkunjung ke Pagoh dalam misi kebajikan di sekitar Tanjung Olak, Permatang Pasir dan Sungai Terap di sini, semalam.

“Hari ini Mak Tim bersama dengan Muslimat Pagoh sempat menyantuni 44 buah keluarga dalam Program Semarak Kasih Ramadan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) DMPNJ untuk penduduk sekitar sini.”

“Mak Tim bangga dengan gerak kerja Muslimat di semua 25 kawasan di Johor termasuk Muslimat Pagoh yang mana sumbangan mereka kepada masyarakat sangat banyak dan pengalaman sebegini dapat dikongsi menerusi siri pertemuan bersama seperti ini.” Ujarnya ketika sesi temuramah semalam.

Katanya juga, matlamat disebalik kunjungan ini tidak akan tercapai sekiranya lapangan kebajikan ini digerakkan dalam konteks individu sahaja.

Tambah beliau di peringkat Pusat, Muslimat telah digariskan dengan pelbagai tugasan yang perlu dilaksanakan secara kolektif sementara aktiviti-aktiviti nya pula perlu dijalankan mengikut jadual yang sudah dirancang.

Kepelbagaian tugas dan aktiviti ini juga katanya dapat menghindarkan muslimat dari cara hidup yang tidak terprogram dan bersahaja dalam urusan hidup.

Turut serta dalam program tersebut, YB DUN Bukit Pasir, Kapt (B) Najib Lep,Ketua Muslimat Pagoh,Miswati Ibrahim Ketua Pemuda Negeri, Ustaz Ahmad Naufal Mahfoz dan barisan kepimpinan Muslimat negeri.