Home Berita PAS Kedah

Gerakan jalin kerjasama mantap dengan PAS Kedah

451
SHARE

Alor Setar: Pengerusi Parti Gerakan Kedah Encik M. Marimuthu bersama Ketua Gerakan Alor Setar Encik Wei Kok Wah, melakukan kunjungan hormat terhadap Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Senator Ahmad Yahaya.

Turut hadir dalam pertemuan yang diadakan di Kompleks PAS Kedah itu ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Ustaz Musoddak Ahmad.

Pelbagai perkara dibincangkan, khususnya mengenai perkembangan politik semasa.

Ustaz Ahmad berharap Gerakan sebagai ahli komponen Perikatan Nasional dapat memberikan sokongan terbaik terhadap Kerajaan Negeri dan seterusnya mempertahankan kerajaan yang ada dalam PRU15.