Home Kenyataan Media PAS Perlis

Kebenaran Penganjuran Program Sepanjang Ramadhan

233
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS PERLIS
KEBENARAN PENGANJURAN PROGRAM PARTI SEPANJANG RAMADHAN

1. Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis telah bersetuju untuk memberi kebenaran pelaksanaan program-program parti di seluruh peringkat di negeri ini sepanjang bulan Ramadhan nanti.

2. Program-program seperti Solat Tarawih berjemaah, majlis iftar, tadarus Al-Quran, edaran bubur lambuk dan sebagainya dibenarkan untuk dilaksanakan di premis-premis milik parti.

3. Kebenaran ini walaubagaimanapun tertakluk kepada pematuhan ketat SOP yang sedang berkuatkuasa seperti merekod bacaan suhu, pemakaian penutup hidung dan mulut, penggunaan aplikasi MySejahtera atau rekod kehadiran serta penggunaan sejadah sendiri oleh peserta program.

4. Adalah diharapkan agar kebenaran yang diberikan ini membolehkan seluruh ahli PAS serta umat Islam di negeri ini mengimarahkan bulan Ramadhan nanti dengan sebaiknya.

MOHD. SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Perlis
5 April 2021 | 22 Syaaban 1442H