Home Artikel PAS Melaka

Media sosial alat penting propaganda politik – Bakri

209
SHARE

Oleh ABU HARITH

KOTA MELAKA, 5 Apr : “Media sosial merupakan alat propaganda untuk dapat mempengaruhi setiap objek yang akan mereka sasarkan untuk dapat mengembangkan dan menumbuhkan perspektif kepada sesuatu isu.

“Bekas Presiden Amerika, Barack Obama merupakan presiden pertama yang menang pilihan raya atas faktor kejayaan menguasai media sosial dengan baik”.

Perkara ini dikongsikan oleh Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaludin semasa memberikan taklimat berkenaan media baharu di Program Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kawasan Kota Melaka malam tadi.

Tambah Bakri lagi, media sosial harus digunakan semaksimum dan sebaik mungkin agar memberikan impak yang besar kepada parti.

“Media sosial ibarat sebilah pisau, jika diberi kepada tukang masak maka ia diguna untuk memasak, jika dapat kepada perompak maka ia diguna untuk merompak pula.

“Jadi kita perlu bijak menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat yang tepat, bermanfaat dan membawa kebaikan,” ujar beliau

Menurut Bakri lagi, berperang di media sosial perlu bijak membina naratif dengan pelbagai saluran yang ada hari ini bagi menyampaikan maklumat ke pelosok corong telinga masyarakat.

“Dan akhirnya kita berjaya memenangi hati pengundi atas pagar khususnya,” ujar beliau semasa memberikan taklimat kepada lebih 100 orang petugas yang hadir dalam program tersebut.

Program Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS peringkat Kawasan Kota malam tadi ini berlangsung di Balai Islam Pernu ini telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek.

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahudin.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

.        SAMBAL IBU SARI