Oleh NORZANA RAZALY
PASIR PUTEH, 26 Sept: Gotong-royong membina dan mencuci gelanggang takraw di pekan Cherang Ruku berlangsung antara belia bersama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semerak, YB Wan Hassan Wan Ibrahim, semalam.
“Selain mengecat dan membina gelanggang takraw, kita juga akan menambah prasarana kemudahan sukan lain seperti bola tampar untuk belia kampung ini”, katanya.
Beliau amat menyokong anak muda mengaktifkan lagi kegiatan sukan dengan sumbangan peralatan, prasarana dan menganjurkan pertandingan.
Penduduk setempat berterima kasih atas kecaknaan beliau terhadap minat belia.