Home Berita PAS Kelantan

E-Sukan pilihan anak muda sekarang

15
SHARE
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
KOTA BHARU, 13 Jul: Sukan elektronik (E-Sport) menjadi pilihan anak muda sekarang kerana aktiviti di platform digital paling sesuai dilakukan dalam norma baharu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berucap pada Majlis Perasmian Cabaran E-Sport Online U-BeS 2.0 yang disiarkan secara langsung di Facebook Urusetia Belia, Sukan dan NGO (U-BeS), 10 Julai lalu memaklumkan program tersebut dihadkan penyertaannya, namun dengan kaedah pelaksanaan secara atas talian, acara itu tetap mendapat sambutan menggalakkan.
“Kita berbangga dengan sambutan baik daripada anak muda sehingga menerima lebih 1,500 penyertaan”, katanya.
Tambahnya, paling penting ialah setiap program yang dianjurkan hendaklah berfokus kepada tuntutan agama agar dapat memberi manfaat besar kepada
golongan anak muda.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan, musim COVID-19 mengehadkan setiap aktiviti, oleh itu pihak urus setia Kerajaan Negeri mestilah cekap merangka perdekatan baharu untuk terus memberi manfaat kepada masyarakat.
Program anjuran Urusetia Belia, Sukan dan NGO (U-BeS) itu memperuntukkan hadiah sebanyak RM 12,800 kepada pemenang.