Home Berita PAS Kedah

Naik teksi serah bakul makanan PEMULIH

58
SHARE

Oleh NORJULIANA YAACOB

GURUN – Nekad untuk merasai sendiri keperitan yang dialami golongan pemandu teksi, Ahli Parlimen Jerai YB Ustaz Sabri Azit menaiki kenderaan berkenaan bagi tujuan menyampaikan sumbangan Bakul Makanan Prihatin di sekitar Gurun.

YB Ustaz Sabri berkata, dalam perjalanan dari rumah ke rumah penerima beliau berkesempatan mendengar sendiri keluhan dari bibir pemandu teksi.

“Rata-rata mereka hilang punca pendapatan ekoran pandemik covid ini dan alhamdulilah sedikit sumbangan telah kita hulurkan,” katanya.

Menurut YB Ustaz Sabri pihaknya telah menyantuni masyarakat India dan Cina di kawasan Kampung Baru Gurun dan Kampung Panjang Gurun yang melibatkan 8 buah keluarga terpilih serta terjejas pendapatan.

“Ini adalah sebagai gimik penyerahan Bakul Makanan Prihatin kepada masyarakat sekitar Parlimen Jerai.

“Sumbangan Bakul Makanan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Darul Ikhlas Gurun hasil sumbangan Parlimen Jerai,” katanya