Home Berita PAS Kelantan

Atlet Para Kelantan terima sumbangan

12
SHARE
BACHOK, 12 Jul: Exco Belia,Sukan Dan NGO Negeri Kelantan,  YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat petang tadi hadir ke Program Menyantuni MYAC & Atlet Para Kelantan. Dalam program tersebut, YB Exco diiringi oleh ADUN Pantai Irama, Hj Mohd Huzaimy Che Husin. Beliau turut menyempurnakan sumbangan kepada Nur Alia Ardiela Natasya Ibrahim dan saudara M. Rozi Hussin yang merupakan Atlet Para Kelantan. Sebelum itu, beliau telah mengadakan lawatan ke beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Bachok.